suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Lepas sembur air paip terus pakai boxer” - Wanita minta cerai, jijik suami cuci najis tak guna sabun!

Sikap pengotor boleh menjejaskan hubungan. -Gambar hiasan AI

SIKAP pengotor dan mengabaikan kebersihan diri boleh menjadi antara punca sesebuah hubungan berakhir setelah pasangan tidak lagi mampu bertahan dengan tabiat tersebut.

Begitulah pengalaman pahit yang dikongsikan oleh seorang wanita berhubung kisah rumah tangganya bersama bekas suami yang didakwa sangat pengotor, meskipun lelaki itu sudah menjangkau usia 35 tahun.

Menurut wanita itu, bekas pasangannya mempunyai tabiat yang dianggap menjijikkan, termasuk tidak membersihkan diri dengan betul selepas membuang air besar serta malas mandi.

Suami perlu mendengar nasihat dan pandangan isteri. -Gambar hiasan AI

Suami perlu mendengar nasihat dan pandangan isteri. -Gambar hiasan AI

"Dia berak jenis tak cebok, tak sabun ya. Lepas berak sembur air paip je terus pakai boxer. Dah tu malas mandi, hari minggu dia boleh tak mandi dari bangun tidur hingga ke malam.

“Dah banyak kali aku cuba berkomunikasi dengan dia tentang perkara ini, tetapi dia tetap tidak berubah. Jadi, aku buat keputusan untuk tinggalkan dia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai bernanah ‘bawah’ tu” - Isteri stres suami pengotor warisi sikap mentua, suka guna tuala tak cuci

ARTIKEL BERKAITAN: Nak pasang skru pun tak reti! Wanita serabut suami ‘buta’ bab pertukangan, syok main telefon tengok isteri pasang almari

Wanita itu mendakwa ibu lelaki terbabit adalah punca bekas suaminya bersikap pengotor.

“Dalam hal ini, aku salahkan mak dia yang tak pandai didik anak tentang kebersihan diri,” katanya.

Dia mendakwa bekas suaminya kadangkala pergi ke pejabat tanpa mandi, meskipun penampilannya dari luar kelihatan kemas dengan pakaian bersih dan semburan minyak wangi.

"Kalau anda semua tengok dia ini, pandu BMW baharu, duduk kondominium dan kerja di pejabat bisnes keluarga. Tapi disebabkan sikap pengotor itu, aku sendiri jadi jijik dengan kau.

"Siapa sahaja yang jadi isteri kau lepas ini mesti akan stres berdepan dengan sikap pengotor kau," katanya.

  • Wanita dakwa bekas suami berusia 35 tahun malas mandi dan mengabaikan kebersihan diri.
  • Teguran berulang kali tidak mengubah tabiat lelaki itu.
  • Wanita nekad meninggalkan suami kerana tidak tahan dengan sikap pengotor.
  • Dia menasihatkan wanita mengenali tabiat pasangan sebelum berkahwin.
  • Netizen berpendapat kebersihan diri merupakan tanggungjawab individu.

Ujarnya lagi, tembelang bekas suaminya itu hanya terbongkar selepas mereka tinggal bumbung bersama kerana sepanjang tempoh perkenalan, lelaki terbabit pandai menyembunyikan tabiat buruk berkenaan.

"Nasihat aku, masa bercinta tu siasat habis luar dan dalam sikap bakal suami anda. Jangan menilai dari luaran nampak kemas, wangi padahal hauk, hancing," katanya.

Perkongsian luahan itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen, yang mana rata-ratanya berpandangan ibu bapa tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya, sebaliknya sikap lelaki itu sendiri yang enggan berubah.

"Jangan salahkan mak ayah, cukup dah mereka ajar cara manusia normal hidup. Yang memilih jadi macam tu diri dia sendiri. Dia pilih menjadi pengotor.

"Pernah kenal dengan manusia macam ni. Rumah keluarga dia bersih. Sekali bilik dia seorang je macam pusat pengumpulan sampah," komen warga maya.

Artikel Lain