suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gebang promosi murah 6 bungkusan RM50, rupanya tipu! Peniaga keropok Pasar Payang senyap-senyap tukar pek kecil

Seorang wanita terpedaya dengan taktik penipuan peniaga di Pasar Payang. -Gambar hiasan AI

APABILA di sebut mengenai Terengganu, ramai pasti terbayangkan keindahan pantai serta kepelbagaian juadah makanan tradisi yang memikat selera.

Pasar Payang yang dianggap syurga membeli-belah pula menjadi antara destinasi wajib buat pelancong yang berkunjung ke negeri pantai timur itu.

Namun, seorang wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila mendakwa menjadi mangsa taktik tidak jujur peniaga keropok di pasar berkenaan.

Pasar Payang antara destinasi wajib pelancong ke Terengganu. -Gambar hiasan AI

Kejadian berlaku apabila dia ditawarkan pakej promosi enam paket keropok pada harga RM50 yang disangkakan berbaloi berbanding kedai lain.

Pun begitu, penipuan terbongkar apabila salah satu paket keropok yang dimasukkan rupa-rupanya bersaiz kecil dan berbeza daripada bungkusan standard.

"Kami beli dengan seorang mak cik ini sebab kedai dia ada keropok yang emak saya mahu. Dia kata satu paket RM10, kalau enam paket RM50. Kemudian saya buat panggilan video kepada emak dan emak minta diskaun.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika membeli keropok di Pasar Payang, Terengganu.
  • Dia ditawarkan promosi enam paket keropok pada harga RM50.
  • Wanita itu menyangka peniaga memberikan satu paket kecil secara percuma.
  • Sebaik tiba di Kelantan, ibunya mendapati hanya lima paket bersaiz biasa, manakala satu lagi bersaiz kecil.

"Makcik itu kata boleh. Kemudian saya nampak dia masukkan satu lagi paket keropok saiz kecil ke dalam beg plastik saya, jadi saya ingat itu percuma atau dia sekadar nak bersedekah.

"Apabila sampai di Kelantan, emak periksa semula dan tanya keropok tadi lima atau enam paket. Saya jawab enam, tapi emak kata cuma ada lima paket sahaja yang saiz biasa, manakala yang keenam itu saiz kecil," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram keluarga ‘konoha’ suami suka kutuk belakang, hujung bulan tak tahu malu pinjam duit... Siap nak cari kerja di Malaysia!

ARTIKEL BERKAITAN: Scammer menyamar J&T konon parcel bermasalah, peniaga kongsi bagaimana boleh terpedaya! 'Terbang' lebih RM7,000

Menyedari dia ditipu, wanita terbabit meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir peniaga yang tidak jujur lebih-lebih lagi melibatkan urusan jual beli makanan.

Selain rasa rugi, dia menyifatkan tindakan sebegitu boleh merosakkan imej sektor pelancongan Terengganu memandangkan sebahagian besar pengunjung Pasar Payang merupakan pelancong luar.

"Kecewa sangat sebab kami datang dari jauh. Ingatkan layanannya ikhlas, rupa-rupanya kami ditipu begitu sahaja hanya kerana kami masih muda," ujarnya.

Artikel Lain