suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tahu tak saya ni senior executive bank?” - Bapa guna jawatan gertak cikgu disiplin, menangkan anak langgar peraturan

Cabaran guru bukan hanya berdepan dengan karenah pelajar, malah sikap ibu bapa yang mempertahankan anak. -Gambar hiasan AI

TUGAS seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu di dalam kelas, sebaliknya turut memikul tanggungjawab besar dalam memastikan disiplin murid sentiasa terpelihara.

Namun, dalam usaha menegakkan peraturan sekolah, cabaran utama bukan hanya melibatkan kerenah pelajar, sebaliknya sikap ibu bapa yang terlalu mempertahankan anak masing-masing.

Situasi itu turut dilalui seorang guru disiplin yang berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakannya sehingga kini.

"Saya buat siasatan tentang murid bawa telefon bimbit ke sekolah, berdasarkan aduan daripada beberapa rakan sekelasnya. Waktu itu larangan bawa telefon bimbit sangat dititikberatkan. 

"Saya panggil pelajar perempuan tu dan siasat. Apabila dia tak mengaku, memang banyak soalan yang saya tanya lagi. Siasatan lebih 30 minit," ujarnya.

Menurut guru tersebut, perkara berkenaan tidak berakhir di situ apabila keesokan harinya ibu bapa murid terbabit hadir ke sekolah untuk membuat aduan terhadapnya.

"Jadi saya dan kaunselor dipanggil. Ayat pertama daripada ayah dia... cikgu tahu tak, saya ni senior executive bank. Kerja saya banyak. Saya pun minta maaflah sebab sudah ambil masa dia," ujarnya.

Sesetengah sekolah melarang pelajar untuk membawa telefon bimbit bagi mengelakkan gangguan terhadap proses pembelajaran. -Gambar hiasan AI

Lebih mengecewakan guru berkenaan apabila ibu bapa tersebut turut mempersoalkan kaedah soal siasat yang dijalankannya terhadap anak mereka.

"Dia tambah lagi... saya tak suka anak mengadu tak mahu pergi sekolah sebab stres dengan cikgu yang banyak soalan ni. Cikgu ni polis ke nak soal siasat sampai budak stres?

"Dia dah cakap tak bawa, cikgu tanya banyak kali kenapa? Memang suka susahkan mak bapa ke?" katanya memetik semula kata-kata bapa murid tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kuasa nak layan drama ‘lapar perhatian’, tindakan berani guru ajar murid biadab dipuji - “Bagus cikgu buat macam tu!”

ARTIKEL BERKAITAN: Guru ganti beremosi pelajar biadab, naik kepala bila berlembut... Esoknya terus ubah sikap jadi cikgu tegas, serius dalam kelas

Enggan memanjangkan pertikaian, guru berkenaan memilih untuk berdiam diri dan membiarkan ibu bapa kepada muridnya itu meluahkan rasa tidak puas hati.

Malah, dia turut memohon maaf kepada ibu bapa berkenaan selepas mereka meminta supaya anak mereka tidak lagi berdepan tekanan susulan kejadian tersebut.

  • Seorang guru disiplin menyoal siasat murid perempuan yang didakwa membawa telefon ke sekolah.

  • Ibu bapa murid itu kemudian datang ke sekolah dan mempersoalkan cara guru tersebut menyiasat.

  • Guru itu memilih untuk berdiam diri dan meminta maaf bagi mengelakkan pertikaian berpanjangan.

  • Beberapa tahun kemudian, dia mendapat tahu bekas pelajarnya lari dari rumah mengikut teman lelaki.

  • Dia mengakui berita tersebut tidak mengejutkannya gara-gara sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak.

Bagaimanapun menurut guru tersebut, dia tidak menyangka beberapa tahun kemudian nama bekas pelajarnya itu kembali menjadi topik hangat, namun perkara tersebut sama sekali tidak mengejutkannya.

"Masa berlalu, budak ni naik Tingkatan Empat. Tiba-tiba saya dengar budak ni lari dari rumah ikut teman lelaki dia. Dah dua minggu tak balik rumah. Dalam hati saya... nah, ambil kau! Sekian," akhirinya. 

Perkongsian guru berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Namun rata-ratanya menyifatkan setiap teguran dan tindakan yang dibuat guru semestinya mempunyai sebab tersendiri, terutama apabila melibatkan soal disiplin pelajar.

Malah ada berpendapat sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak menjadi punca sikap mereka sukar dikawal.

Artikel Lain