suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cikgu senior label ‘generasi strawberi’, guru muda selamba balas gurauan kasar sampai semua terdiam - “Gaji saya lagi sikit kot”

Biarpun berbeza generasi, golongan guru perlu saling menyokong antara satu sama lain demi kebaikan pelajar. -Gambar hiasan AI

BUKAN semua gurauan mampu disambut dengan gelak tawa, lebih-lebih lagi apabila ia mencabar kesabaran seseorang.

Begitulah situasi seorang guru lelaki muda ini yang tidak dapat menahan sabar ketika rakan-rakan guru senior bergurau kasar dengan melabelnya sebagai 'generasi strawberi'.

Tidak memilih untuk berdiam diri, guru berkenaan membalas gurauan tersebut agar tidak terus diperkotak-katikkan hanya kerana dirinya masih junior. 

"Pagi ini dekat sekolah cikgu-cikgu bergurau kutuk aku ni generasi strawberi.

Proses pengajaran dan pembelajaran ketika ini makin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. -Gambar hiasan AI

"Aku pun balas, cikgu generasi strawberi ini la yang pegang jawatan banyak, buat kerja yang sepatutnya orang dengan gaji DG12 itu buat, paling laju tolong bab digital dan ICT. 

"Kalau saya betul-betul manja, saya merajuk tak buat dah semua kerja tu. Gaji saya lagi sikit kot, yang gaji banyak makan duit haram sebab tak mahu buat kerja apa-apa," ceritanya mengimbas kembali situasi berkenaan. 

Menurut guru itu, selepas dia memberikan respons berkenaan, tanpa disangka situasi yang sebelumnya meriah berubah sunyi secara tiba-tiba. 

"Maka berlaku momen 'malaikat lalu' dekat situ,” tulisnya secara berseloroh.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel manja, Gen Z sindir Gen Y! Minta henti salahkan orang lain - “Kenapa common sense tu tak ajar dekat anak sendiri?”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosial

Dalam pada itu, dia berpandangan label generasi tidak seharusnya dijadikan ukuran untuk memukul rata sikap mahupun pencapaian kerana setiap individu bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Tak kisahlah generasi apa pun, anda dibayar buat tugas anda. Jadi, alasan mudah, dulu dah buat, tak akan diterima," luahnya.

Untuk rekod, istilah 'generasi strawberi' merupakan label tidak rasmi sering digunakan bagi menggambarkan golongan muda yang dianggap mudah tersinggung atau kurang daya tahan apabila berdepan tekanan dan cabaran.

Istilah berkenaan dikaitkan dengan sifat buah strawberi yang lembut serta mudah lebam apabila ditekan.

  • Seorang guru muda membalas gurauan rakan senior yang melabelnya sebagai generasi strawberi.
  • Dia berkata guru muda pegang pelbagai jawatan dan tugas yang sepatutnya dilakukan guru senior.
  • Situasi terus menjadi sunyi selepas dia memberikan respons tersebut.
  • Dia berpendapat label generasi tidak wajar digunakan untuk menilai sikap seseorang.
  • Netizen menyokong pandangannya dan mengingatkan supaya setiap generasi saling menghormati.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong pandangan guru berkenaan dan berpendapat sikap seseorang tidak wajar dinilai hanya berdasarkan generasi.

Netizen berpandangan setiap generasi mempunyai cara kerja dan cabaran masing-masing, justeru perbezaan usia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memperlekeh antara satu sama lain.

"Padu... itulah kesannya bila mengejek tapi rasa bergurau. Silaplah kutuk salah orang.

"Tak perlu beza-bezakan... semua patut sokong satu sama lain demi pelajar," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain