ISTERI mana tak kecil hati apabila suami lebih seronok meluangkan masa dengan kawan, sedangkan dirinya hanya diingati apabila mahu bermesra.Begitulah dirasai wanita ini selepas mendapati 'rutin' harian suaminya yang sanggup melepak bersama rakan-rakan sehingga hampir waktu subuh berbanding bersamanya di rumah. Lebih menggores hati apabila dia dibiarkan menguruskan hal rumah tangga seorang diri termasuk perihal anak-anak yang masih kecil."Keluar melepak sampai pukul 4 pagi hingga 5 pagi, kemudian balik je terus nak mengendeng dengan isteri.Golongan suami perlu bijak menjaga emosi isteri. -Gambar hiasan AI"Aku nak bangun pukul 6 pagi sebab nak pergi kerja tau, jadi aku terus bangun mandi," luahnya di Threads.Menurutnya, tindakan drastik yang dilakukan itu membuatkan suami memandangnya dengan pandangan terkulat-kulat.Meskipun diselubungi perasaan geram dan kecewa namun pengadu turut meluahkan kebimbangan jika tingkah lakunya itu dikira berdosa.Seorang isteri kecil hati apabila suami didakwa lebih mengutamakan kawan dan hanya mencarinya ketika mahu bermesra.Suami melepak sehingga pukul 4 hingga 5 pagi, sedangkan pengadu perlu bangun pukul 6 pagi untuk bekerja.Wanita itu mendakwa dibiarkan menguruskan rumah tangga dan anak-anak kecil seorang diri.Pengadu meluahkan rasa geram, namun bimbang tindakannya tidak melayan suami dianggap berdosa.Netizen menyarankan dia berterus terang dengan suami kerana sikap tersebut boleh membuatkan isteri rasa tidak dihargai dan tawar hati.Ringkasan ini dijana oleh AIPun begitu, dia membandingkan sikap suaminya dengan lelaki lain yang kebiasaannya lebih gemar pulang awal dan membantu isteri di rumah."Suami orang lain siap balik awal, tolong isteri apa yang patut sebab nak ambil hati dan 'boost' mood isteri."Tapi kau, tinggal anak isteri terkapai-kapai sebab berseronok dengan kawan-kawan, hidup kau berpaksikan orang luar berbanding anak isteri," adunya geram.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tunggu masa nak bersalin, suami masih lagak bujang lepak mamak lepas kerja... Balik rumah main game pula!ARTIKEL BERKAITAN: Tak suka kena tinggal, isteri mengaku guna cara halus halang suami keluar lepak... Otak sentiasa ligat cari helahLuahannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia menyuarakan perkara tersebut kepada suaminya."Akak punya level sabar tu memang tahap maksimum, saya kalau suami lepak sampai pukul 11 malam pun dah berdarah telinga dia."Lelaki yang lepak sampai lewat malam ini buat isteri rasa tak dihargai dan boleh tawar hati."Bekas suami saya dulu macam inilah, kadang azan Subuh baru sampai rumah, saya bertahan 13 tahun je," demikian reaksi netizen.