suria

Tak suka kena tinggal, isteri mengaku guna cara halus halang suami keluar lepak... Otak sentiasa ligat cari helah

Seorang isteri menceritakan kisah suaminya yang suka melepak. -Gambar hiasan

SEORANG isteri membuat pendedahan tentang dirinya yang sering mencari helah agar suaminya tidak keluar rumah untuk melepak.

Menurut wanita itu, dia sentiasa berasa berat hati apabila pasangannya ingin melepak dengan rakan-rakan walaupun lelaki itu sudah menyelesaikan semua tugas di rumah.

Katanya, tindakannya itu bukan kerana ingin mengawal suami, tetapi lebih kepada dirinya yang tidak suka ditinggalkan sendirian di rumah.

Kebanyakan lelaki gemar meluangkan masa melepak di kedai mamak. -Gambar hiasan

“Laki aku nak keluar lepak tapi dia dah buat semua kerja rumah, tidurkan anak sekali.

"Tapi aku tetap nak cari pasal juga. Jadi aku cakap aku lapar nak makan spaghetti.

“Normal je kan wife macam ni? Tak nak kena tinggal, tak suka! Tapi aku pun tak suka nak menyemak ikut dia lepak dengan geng laki,” tambahnya lagi.

Menerusi posting yang dikongsi, dia memberitahu suaminya ketika itu sedang berada di luar kerana membeli makan malam yang diminta.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terjerit-jerit berleter suami asyik ‘healing’ kedai mamak, nak ikut tak boleh - “Setakat sambal sardin aku boleh masak!”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri gigih bangun awal siapkan bekal setiap hari... Hancur hati tengok suami lepak rumah mentua, rupanya tak kerja

Walaupun suami belum pulang, katanya, dia sudah memikirkan helah lain untuk memastikan lelaki itu terus berada di rumah.

"Tapi sekarang dia tengah keluar cari spaghetti tu.... haih, apa lagi ye akal jenuh aku (fikir)," ujarnya berseloroh.

Wanita itu berkata perubahan sikap dan emosinya mungkin disebabkan dia kini sedang hamil.

Kisah ini telah mencetuskan pelbagai reaksi warganet selepas dikongsikan di platform Threads.

Kebanyakan isteri lepas kahwin, suami adalah kawan dia.

NETIZEN

Ramai yang bersimpati dengan nasib si suami, tetapi tidak kurang juga yang memahami perasaan wanita ini.

"Sikap sis ni ada sedikit berbaur pentingkan diri. Jangan buat selalu, nanti suami bosan. Lelaki ni diam tak banyak cakap tapi dia pendam.

"Apa-apa pun rumahtangga sis, awak lebih tahu kan. Saya sekadar komen apa yang sis taip hari ni je," komen seorang netizen.

Malah, ada juga yang menyokong tindakannya dengan menyatakan bahawa perasaan isteri yang sentiasa ingin menghabiskan masa bersama pasangan adalah normal.

Komen netizen di Threads.

Bagaimanapun, warganet turut menasihati agar pasangan suami isteri saling memberi ruang antara satu sama lain untuk menjaga keharmonian rumah tangga.

"Semua cakap sis pentingkan diri tapi perasaan ni sebenarnya normal. Tapi nasihat saya kalau dia selalu keluar healing dengan kawan, sis pun cuba la buat benda yang sama.

"Jadi tak ada la sis rasa tak adil. Kebanyakan isteri lepas kahwin, suami adalah kawan dia. Tu pasal dia ada sikit rasa cemburu bila suami keluar tanpa dia. Saya faham," komen seorang netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain