suria

Bos rasa tak ‘secure’, gigih pergi ofis hari cuti ‘stalk’ WhatsApp web pekerja! Staf rujuk peguam, jawapan menghampakan

Tindakan mengakses perbualan individu lain tanpa kebenaran jelas melanggar hak dan ruang privasi seseorang. -Gambar hiasan

MAJIKAN mempunyai hak untuk memantau bagi memastikan kakitangannya memenuhi tanggungjawab kerja mereka.

Bagaimanapun, tidak bermakna majikan boleh berlebih-lebihan sehingga bertindak melanggar ruang privasi pekerja, antaranya mengakses komunikasi peribadi mereka tanpa kebenaran.

Mungkin situasi ini kedengaran sedikit janggal, namun realitinya ada majikan yang bertindak sedemikian, sebagaimana perkongsian seorang individu di laman sosial.

"Bekas bos aku literally datang pejabat waktu staf cuti untuk baca private conversation dekat komputer.

"Dia nak selongkar apa staf borak belakang dia. Panjang ceritanya tapi tak mahu cerita lanjut. Sila log keluar WhatsApp web ya," tulisnya dalam satu hantaran.

whatsapp web 1

Pekerja disarankan untuk lebih berhati-hati apabila berkomunikasi menggunakan peranti pejabat. -Gambar hiasan

Menurut individu tersebut, dia pernah membuat laporan kepada pihak berkaitan agar perkara tersebut dapat diambil tindakan undang-undang, namun ternyata jawapan yang diterima begitu mengecewakan.

"Saya cuba (buat laporan), nampaknya peguam kata itu komputer pejabat jadi dari segi undang-undang tak salah... entahlah," jelasnya.

Justeru, perkongsian kisah yang dilakukan di laman sosial diharap dapat memberi peringatan kepada warga maya supaya lebih berwaspada apabila berkomunikasi menerusi WhatsApp menggunakan komputer milik syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih telefon klinik persoal MC staf, HR kena hamun dengan doktor! Betul-betul demam disuruh masuk ofis juga

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tahan marah dimalukan depan rakan pejabat... Bos sama jantina mulut lancang, panggil staf ‘punggung leseh’

"Jangan sekali-kali meninggalkan WhatsApp web anda tanpa pengawasan," tulisnya lagi.

Hantaran individu berkenaan mengundang ratusan komen warga maya yang tampil memberikan pelbagai reaksi.

Malah, ada di antara mereka turut berkongsi kisah yang hampir sama melibatkan majikan di tempat kerja masing-masing.

Jangan sekali-kali meninggalkan WhatsApp web anda tanpa pengawasan.

PENGADU

"Kawan saya kena sama macam awak. Saya tak ingat dia report ke mana, tapi dia jumpa beberapa peguam dan report kepada banyak authorities termasuk polis.

"Saya pun pernah kena. Bos toksik! Tapi saya tukar plan, kami chatting dekat iMessage.

"Kes kita lebih kurang tapi bekas bos saya dia zoom-in komputer kitaorang atau telefon bimbit guna CCTV untuk check apa kitaorang borak," komen beberapa netizen.

komen bos

Komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Dalam pada itu, ramai menyarankan supaya individu berkenaan tidak mendiamkan diri dan berusaha mengambil tindakan undang-undang sebagai pengajaran supaya majikan menghormati privasi pekerjanya.

"Bos kamu melakukan pelanggaran privasi yang sebenar.

"Ini adalah pelanggaran privasi. Tolonglah buat report," komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain