suria

Wanita terasa hati, dulu beria sambut ‘birthday’ kawan siap kejutan... Tiba giliran sendiri, ‘habuk’ pun tak ada!

Usaha yang tidak dihargai pastinya memilukan. -Gambar hiasan

SAMBUTAN ulang tahun kelahiran dianggap sebagai 'batu tanda' yang penting dalam kehidupan seseorang, beranjak satu angka lebih dewasa daripada tahun sebelumnya.

Bagi yang berkemampuan, pelbagai bentuk keraian akan dianjurkan bersama rakan, keluarga dan sanak saudara sebagai cara mensyukuri kurniaan ini.

Bagaimanapun melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita dilihat mempunyai perspektif berbeza berkaitan sambutan ulang tahun kelahiran.

Kemeriahan sambutan ulang tahun kelahiran pastinya dinanti-nantikan. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, sebelum ini dia antara individu yang bersemangat menyambut hari jadi kenalannya, namun berubah pendirian selepas menyedari hanya bertepuk sebelah tangan.

"Waktu dulu, aku adalah orang yang paling rajin ingat hari lahir seseorang. Tak kisah la kawan atau sepupu ke, aku memang hafal hari lahir masing-masing. Kalau nak buat senarai hari jadi pun aku boleh untuk setiap satu.

"Tapi apabila tiba masanya untuk hari lahir aku sendiri, semua sendu. Tak meriah seperti yang dianjurkan oleh aku buat kawan-kawan lain. Aku bukan nak mengharapkan sambutan hari jadi yang meriah, tapi sekurang-kurangnya ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Memori ‘sweet 17’ musnah, gadis silap jemput kawan datang sambutan hari jadi... Mental penat, tuan badan tak gembira!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri makan hati birthday dilupakan tapi tak kisah suami kaki ganja asalkan mentua sayang, layan baik

"Awal-awal tu aku boleh berlakon kental dan buat muka tebal, tapi lama-kelamaan aku pun tawar hati. Sekarang aku dah tak kisah langsung pasal birthday, semua orang punya hari lahir aku buat tak tahu.

"Manakala untuk hari jadi aku, kalau orang nak ucap ataupun tak, aku dah tak kisah. Anggaplah win win, tak mahu lagi jadi orang yang beria-ria," ujarnya hampa.

Jadilah seperti saya, beli kek dan sambut sendiri sambil tengok movie... itu pun dah seronok.

WARGA MAYA

Melewati ke ruangan komen, warga maya turut bersetuju dengan pendekatan wanita itu dan menganggap ia sebagai sesuatu yang positif.

"Betul sangat apa yang awak buat, hidup ni tak perlu berpaksikan orang lain. Kita hanya buat apa yang penting untuk diri sendiri. Kalau setiap masa nak fikir tentang orang sekeliling, penat jadinya, tenaga disedut keluar.

Pelayar bertukar pandangan.

"Jadilah seperti saya, beli kek dan sambut sendiri sambil tengok movie. Itu pun dah seronok, tak perlu nak bermuka-muka sambil bersosial, rimas jadinya. Kita hanya perlu jadi siapa diri kita yang sebenar.

"Saya ni sejenis yang lebih selesa bersendiri, jadi rasa kekok kalau ada kawan-kawan datang buat surprise sempena birthday. Lebih suka sambut secara kecil-kecilan," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain