suria

Pakwe bukan kerja gomen, bapa suruh putus! Wanita buntu buat pilihan... Keluarga sendiri toksik, famili bakal mentua harmoni

Seorang wanita terkilan apabila pemuda yang dicintai tidak diterima keluarga. -Gambar hiasan

MEMPERKENALKAN bakal pasangan kepada keluarga adalah langkah penting dalam usaha membina hubungan ke tahap yang lebih serius.

Bagaimanapun, usaha seorang wanita membawa teman lelaki bertemu keluarga sekali gus untuk mendapatkan restu bertukar menjadi satu mimpi buruk.

Kisah bermula apabila pemuda itu bertemu dengan bapanya bagi memaklumkan tentang hubungan mereka berdua dan hasrat untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Mendapatkan restu keluarga penting sebelum meneruskan hubungan dengan kekasih. -Gambar hiasan

"Pasangan (kekasih) saya sudah berjumpa dengan abah saya. Malangnya ditolak oleh keluarga atas alasan berbeza pekerjaan.

"Sejak dari kes ini, saya murung sangat-sangat. Pihak dia dan keluarga pasangan saya ni baik sangat dengan saya.

"Mereka terima saya seadanya. Keluarga mereka juga sangat harmoni tak macam famili saya," dia membuat luahan perasaan dalam grup Tip Persiapan Kahwin di Facebook.

Alasan utama pemuda itu ditolak oleh keluarga wanita berkenaan dipercayai kerana tidak bekerja dalam sektor kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal ghairah kahwin Siam, wanita cari jalan nak sahkan cerai... Tapi ‘sangkut’ gara-gara suami ingkar perintah daftar nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Suami suruh isteri ‘resign’, kemudian cerai! Rupanya dah ada wanita lain menunggu, ibu mudah restu sebab bakal menantu berkarier

Menurut wanita itu lagi, dia bakal berdepan risiko besar sekiranya meneruskan juga hubungan tersebut yang tidak mendapat restu ibu bapa dan keluarga.

Bagaimanapun, hati wanita ini sudah berbelah bahagi kerana keluarga kekasihnya amat berharap agar mereka berdua dapat disatukan sebagai pasangan suami isteri.

"Jika saya teruskan dengan pasangan, saya akan dibuang keluarga sendiri. Banyak kecaman dan ugutan saya kena hadapi nanti.

Kita sendiri kena yakinkan orang tua kita yang pasangan boleh menjaga kita bila sudah kahwin nanti.

NETIZEN

"Jika saya tetap dengan keputusan famili sendiri, saya yang banyak makan hati dan pendam. Saya tak ramai adik beradik dan tak harmonis.

"Sekarang saya murung sangat-sangat. Keluarga pihak lelaki berharap agar keluarga saya terima pasangan saya tu. Belum lagi keluarga sendiri toksik," katanya lagi.

Hantaran yang dikongsikan wanita ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasib dirinya.

Kebanyakan warga maya memberikan nasihat serta cadangan untuk menyelamatkan hubungan mereka berdua.

Komen netizen di Facebook.

"Mungkin awak boleh yakinkan famili awak tentang pasangan. Macam mana cara pasangan awak layan awak. Insya-Allah dipermudahkan.

"Boleh juga untuk buat berjumpa sesama ahli keluarga. Kita sendiri kena yakinkan orang tua kita yang pasangan boleh menjaga kita bila sudah kahwin nanti.

"Sebetulnya kisah saya dulu lebih kurang macam awak, Tapi saya bersyukur, semua dipermudahkan dan saya pun dah selamat mendirikan rumah tangga," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain