SEORANG lelaki yang digambarkan sebagai berjaya dan berduit sedang mencari jodoh! Perkara ini dikongsikan oleh kenalannya di media sosial, yang mana dia diminta membantu mencarikan calon isteri untuk lelaki itu yang berusia 30an. Walaupun perkara ini nampak normal tetapi ia mengundang kemarahan ramai selepas latar belakang lelaki itu didedahkan. Seorang lelaki boleh berkahwin lebih daripada seorang mengikut syariat Islam. -Gambar hiasan "Tak kisah latar belakang, pendidikan atau sejarah hitam katanya. Asalkan setia, matang dan bukan kaki kelab malam. Cumanya... dia cari jodoh untuk dijadikan isteri ketiga," jelasnya. Menurut kenalannya, lelaki tersebut sudah pun memiliki dua isteri, tetapi apa yang mengejutkan kedua-duanya tidak tahu tentang kewujudan masing-masing. "Jadi antara syarat penting nak kahwin dengan dia, kena faham giliran setiap isteri dan kena kahwin dekat Siam (Thailand) sebab bini nombor satu dan dua tak boleh tahu tentang perkahwinan mereka. "Alasan nak kahwin lagi satu sebab dua-dua bini sudah 'out of service' (tak mampu berkhidmat lagi)," katanya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Bayangkan suami minta nak poligami, isteri yakin tiada masalah hidup bermadu! Ramai suruh hadap dulu, baru sembang ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak jumpa 2 isteri di Kelantan, lelaki kahwin 3 tagih ihsan belikan tiket kapal terbang - “Saya terlalu rindukan bini-bini lain” Menurut individu yang diminta untuk membantu mencarikan jodoh ini lagi, dia cuba bertanya beberapa kenalannya yang masih bujang, tetapi reaksi mereka sememangnya seperti dijangka. Jelasnya, walaupun dia sendiri kurang bersetuju dengan rancangan kawannya itu, keputusannya untuk menambah lagi 'cawangan' tetap dihormati. "Kawan-kawan mengamuk bila dengar syarat, yang mana saya dah boleh agak reaksi macam tu. Saya pun tak harap kawan-kawan terima keadaan hidup macam tu. Konsep kahwin bukanlah ibadah pada dia. Tolong jangan perkenalkan pada sesiapa. NETIZEN "Saya pernah je cakap dengan dia, susah hidup penuh berahsia. Kalau apa-apa jadi nanti leceh. Dia kata sekarang bilangan perempuan lagi ramai daripada lelaki. "Jadi lelaki yang sudah kahwin ni nak 'tolong' perempuan-perempuan bujang untuk kahwin. Bagi dia, kahwin adalah jalan penyelesaian untuk semua masalah," jelasnya lagi. Apabila kisah ini dikongsi di media sosial, netizen tidak dapat menahan kemarahan terutamanya berkaitan syarat yang ditetapkan. Ramai mengecam tindakan lelaki itu yang seolah-olah mempermainkan wanita dan institusi perkahwinan. Komen netizen di media sosial. "Mesti tak handsome. "Dia tak nak cuba cari jodoh dengan ajal ke? Wah bukan main mengata bini macam tu. "Isteri dua orang sudah out of service. Dia mesti tahap tu juga. Jangan aniaya anak orang. "Saya minta maaf tetapi lelaki macam ni menjijikkan. Cari pelampias nafsu tapi nak versi halal. Konsep kahwin bukanlah ibadah pada dia. Tolong jangan perkenalkan pada sesiapa," antara komen netizen.