suria

Patut la muka monyok, rupanya cemburu kawan dapat bonus sebulan gaji - “Mereka tu kerap MC, EL pun ada!”

Bonus tahunan diberikan sebagai penghargaan kepada pekerja atas dedikasi dan prestasi cemerlang mereka sepanjang tahun. -Gambar hiasan

PEMBERIAN bonus sememangnya merupakan antara perkara yang paling ditunggu-tunggu pekerja setiap tahun.

Ia sahaja sebagai tanda penghargaan atas usaha yang dicurahkan, tetapi sebagai pendorong bagi menaikkan motivasi untuk terus memberi perkhidmatan terbaik.

Namun dalam satu hantaran di laman sosial, seorang pelayar meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa jumlah bonus yang diterimanya tidak setimpal dengan usahanya.

"Hari ni dapat bonus tapi apabila tengok, rasa macam tak fair langsung. Saya bukan tak bersyukur tapi selama ni kerja keras gila.

"Setiap hari overtime nak siapkan kerja, weekend pun kadang kerja. Kemudian saya tanya kawan-kawan jumlah bonus... mereka dapat sebulan gaji. Tapi saya? Saya tak dapat sebulan gaji.

bonus 1

Setiap pekerja yang memenuhi sasaran prestasi akan layak menerima bonus. -Gambar hiasan

"Mereka tu kerap MC (cuti sakit), cuti kecemasan (EL) pun ada. Kerja tak sampai setahun boleh dapat (bonus) sebulan gaji," luahnya.

Menurut pelayar berkenaan, lebih membuatkan dia 'panas' adalah apabila mengenangkan sudah bekerja keras melebihi tugasnya yang sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih telefon klinik persoal MC staf, HR kena hamun dengan doktor! Betul-betul demam disuruh masuk ofis juga

ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya sangka gaji masuk, rupanya pekerja dapat mesej bos minta siapkan tugasan... Cuti terganggu fikir kerja

"Saya ni assistant bukan executive, tapi kerja buat macam executive. Saya buat pun sebab orang atas suruh back-up sana-sini.

"Saya overtime hari-hari sebab jaga order list keluar masuk outlet. Yang executive pula hari-hari balik awal. Orang lain kena cover kerja dia," kongsinya.

Disebabkan terlalu kecewa dengan 'layanan' yang disifatkan tidak adil, pelayar berkenaan menegaskan dia nekad mahu mengundur diri dan mencari rezeki di syarikat yang lebih menghargai pekerja.

Sumpah semak orang macam ni, dia yang tanya... dia yang meroyan. Next time jangan tanya.

NETIZEN

"Saya dah ada niat, kalau bonus okay, saya stay. Kalau tak, saya angkat kaki.

"Yes, memang saya nak resign. Semua tanya saya kenapa muka monyok. Lantak mereka," kongsinya lagi.

Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur.

komen bonus

Reaksi bercampur daripada netizen.

Selain menyokong hasratnya untuk berhenti kerja, ramai juga mengecam tindakannya kerana sibuk mengambil tahu perkara yang bersifat peribadi.

"Perbandingan adalah pencuri kebahagian

"Sumpah semak orang macam ni, dia yang tanya... dia yang meroyan. Next time jangan tanya. Ia akan timbulkan rasa iri dan akhirnya kita yang terluka.

"Aku pernah experience benda ni, kalau ikut rate gaji dia RM5,000 dapat sebulan bonus. Lepas tu dia nak compare dengan orang gaji RM1,000 dapat dua bulan bonus," komen netizen.

Dalam pada itu, ada yang menasihatkannya supaya berpada-pada apabila bekerja dan tidak mengulanginya di tempat kerja baharu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain