suria

Lepas selesai nikah, pengantin jamu tetamu makan Suki-ya... Jimat sangat, kos makan tak sampai RM1,000!

Ebraheem dan Yasmin memilih Suki-ya sebagai tempat makan selepas majlis akad nikah.

SETIAP pasangan pengantin mempunyai cara tersendiri untuk meraikan hari bahagia mereka.

Bagi Ebraheem Nazeef, dia memilih untuk mengadakan sebuah perkahwinan kecil dan ringkas atau intimate wedding yang dihadiri orang-orang terdekat di hatinya sahaja.

Bagi merealisasikan impian tersebut, Ebraheem dan isterinya Yasmin Asmad membawa keluarga mereka ke restoran makanan Jepun popular, Suki-ya di sebuah pusat beli-belah di Selangor selepas selesai majlis akad nikah.

"Selepas selesai urusan pernikahan, kami sekeluarga terus ke restoran Suki-ya bagi menikmati hidangan bersama tetamu yang hadir.

“Pemilihan tempat ini dibuat kerana kakak saya yang teringin nak makan di Suki-ya. Lagipun, restoran ini memang tempat kegemaran keluarga kami untuk berkumpul,” katanya kepada mStar.

Terdahulu pasangan ini mencuri tumpuan ramai selepas video mereka mengadakan majlis makan-makan bersama keluarga tanpa hidangan nasi minyak yang biasanya dihidangkan sewaktu majlis perkahwinan tular di TikTok.

Ebraheem dan Yasmin selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis sederhana.

Ia dibuat selepas Ebraheem dan isterinya selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis sederhana di Masjid Zaid Bin Thabit, Kuala Lumpur pada Isnin.

Tambah Ebraheem majlis akad nikahnya hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan kawan rapat yang terdiri daripada 17 orang dewasa serta dua kanak-kanak.

Menariknya, jumlah keseluruhan perbelanjaan makan di restoran tersebut adalah RM832 dan ditanggung sepenuhnya oleh pengantin lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil berendam air mata, suami tak layan permintaan makan Suki-ya - “Dia asyik ride dengan kawan-kawan”

ARTIKEL BERKAITAN: Cara buat sos ala Sukiya sedap, senang je! Bila-bila masa boleh makan steamboat di rumah

Menurut lelaki yang menamatkan zaman bujang pada usia 29 tahun ini, video itu mengundang pelbagai reaksi apabila ada yang beranggapan mereka langsung tidak mengadakan majlis resepsi atau kenduri.

"Tetamu lain tidak dapat hadir kerana faktor jarak dan komitmen kerja. Disebabkan video yang isteri saya share tu, ramai menyangka kami tidak mengadakan majlis kenduri.

"Tapi sebenarnya majlis resepsi akan diadakan pada hari Sabtu, 25 Januari tahun ini di Rawang, Selangor.

Keputusan ini lebih kepada keselesaan kerana keluarga kami memang gemar makanan di Suki-ya.

EBRAHEEM NAZEEF

PENGANTIN LELAKI

"Majlis resepsi akan diadakan secara lebih meriah untuk meraikan keluarga serta sahabat-handai. Anggaran tetamu akan hadir di sana nanti kira-kira 300 orang," jelas pengantin lelaki itu.

Jelas Ebraheem, dia dan Yasmin sengaja memilih untuk melangsungkan majlis pernikahan secara sederhana bagi mengelakkan bebanan kewangan.

"Keputusan ini bukanlah untuk menunjukkan kelebihan tertentu, tetapi lebih kepada keselesaan dan kerana keluarga kami memang gemar menikmati makanan di Suki-ya.

Pasangan pengantin ini ketika makan bersama tetamu.

“Perbelanjaan hari pernikahan jadi tidak terlalu tinggi dan berpatutan bagi saya. Saya hanya keluarkan sekitar RM3,000 termasuk persiapan majlis nikah dan makanan," jelasnya lagi.

Menerusi ruangan komen pada video yang hingga kini meraih hampir 800,000 jumlah tontonan itu, rata-ratanya menyambut baik idea pasangan ini yang memilih untuk meraikan hari bahagia dengan cara tersendiri.

Dalam pada itu, ada juga yang menyatakan sokongan terhadap konsep pernikahan sederhana tanpa membebankan kewangan pengantin baharu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain