suria

Jururawat unit hemodialisis mimpi dukung bayi... Syak ‘hadiah’ ghaib daripada pesakit buah pinggang sebelum meninggal

Hospital sering dikaitkan dengan kisah seram. -Gambar hiasan

JURURAWAT merupakan satu bidang kerjaya yang penting dan mulia hingga dianggap sebagai nadi dalam dunia perubatan.

Berbekalkan kecekalan dan semangat yang tinggi, golongan jururawat sangat komited dalam menjaga kesihatan pesakit.

Begitu juga dengan seorang jururawat dikenali sebagai Nadia yang berkhidmat di unit hemodialisis sebuah hospital apabila dia begitu mengambil berat tentang kebajikan pesakit.

Namun kejadian aneh bersama seorang pesakit di bawah pemantauannya begitu meninggalkan kesan mendalam.

Mimpi menerima bayi dikaitkan dengan mewarisi saka. - Gambar hiasan

Mimpi menerima bayi dikaitkan dengan mewarisi saka. - Gambar hiasan

"Dekat tempat kerja aku, ada pesakit buah pinggang yang buat hemodialisis seminggu tiga kali. Umur dia dah 87 tahun tapi masih gagah walaupun dah 25 tahun buat rawatan.

"Setiap kali buat dialisis dia datang sendiri, tak ada ahli keluarga yang temankan. Anak dia pun aku tak pernah nampak sepanjang aku kerja kat sini," katanya memulakan cerita.

Tambah Nadia, pesakit wanita itu cukup tenang dan jarang mempunyai masalah, selain tidak pernah masuk wad sepanjang mengenalinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat baik, arkitek nak menangis tak sengaja tumpangkan nenek kononnya cari pengganti saka - “Lima minit je, tapi rasa lama sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih Mat, bagi darah” - Staf hospital pucat lesi, suara aunty Cina garau ketika guna mesin dialisis lama... Esoknya meninggal dunia

"Sampai la satu hari tu, ada benda yang tak biasa terjadi. Dia panggil aku dan bagi satu bekas pulut kuning. Dia kata ni istimewa untuk aku.

"Jujur aku cakap, itu pulut kuning dan ayam yang paling sedap aku pernah rasa. Entah dia masak atau pun beli kat mana aku pun tak tahu," katanya lagi.

Selepas makan, ketika proses cucuk jarum bagi tujuan hemodialisis, wanita tua itu memaklumkan ingin memberi hadiah kepadanya.

Menurut orang-orang lama, itu cara nak turunkan ilmu atau saka.

NETIZEN

"Dia cakap... esok nak bagi hadiah untuk Nad, nak tak?' Aku jawab santai je kata nak. Aku ingatkan mungkin dia nak bagi duit.

"Sebab memang pesakit hemodialisis kat tempat aku ramai yang suka bagi hadiah macam tu dekat staf," katanya.

Namun, pada malam itu Nadia bermimpi seseorang memberikan bayi kepadanya dan kemudian dia dakap hingga si kecil itu tertidur.

"Aku rasa macam dia ‘milik’ aku. Tapi tak ada apa-apa yang seram dalam mimpi tu, cuma rasa janggal sikit. Tak pernah mimpi macam ni.

"Esok paginya, aku datang kerja macam biasa. Masa tengah siapkan barang dialisis, rakan maklumkan wanita tu dah meninggal malam tadi," katanya.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

Nadia mengakui dia sangat terkejut ditambah pula janji wanita itu ingin memberikan hadiah serta mimpi yang dialaminya.

"Apa benda sebenarnya 'hadiah' yang dia maksudkan? Itu saka ke? Boleh ke wariskan saka dekat orang yang bukan ahli keluarga?," soalnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang menyarankan Nadia mendapatkan rawatan perubatan Islam bagi mencari kepastian.

"Secara tak sengaja terima. Lebih baik pergi jumpa perawat Islam. Belajar juga pendinding diri.

"Boleh je pindah (saka), janji ada akad terima. Contoh, 'biar aku terima la' atau macam mak cik tu tanya, nak hadiah tak, kita jawab 'nak'.

"Menurut orang-orang lama, itu cara nak turunkan ilmu atau saka. Kiranya calon pengganti dia dah bersetuju bila kata 'nak','mau'," kata warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain