suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Rupanya masih ‘buat’ sendiri” - Menggeletar tangan rakam aksi suami dari atas pintu tandas, isteri meraung ditipu lagi

Sikap tidak jujur terhadap pasangan menjadi antara punca pergolakan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

ALANGKAH kecewanya hati seorang isteri apabila merasakan sudah melakukan yang terbaik untuk suami, namun rupa-rupanya masih ada rahsia yang disimpan rapi di belakangnya.

Itulah dugaan pahit yang terpaksa ditelan seorang wanita apabila rahsia yang disimpan suaminya akhirnya terbongkar secara tidak sengaja.

Berkongsi cerita, wanita tersebut berkata dia pada mulanya sekadar ingin mengusik suami yang sedang melepaskan 'hajat' dari celahan atas pintu tandas kerana hairan mendengar bunyi air mengalir terlalu lama.

"Niat di hati, nak main cak-cak dengan suami dari celahan atas pintu tandas. Kita standby rekod. Sebab bunyi air mengalir lama. Tak main mobile legend, mesti main Threads.

Tabiat menonton video lucah memberi kesan kepada keharmonian hubungan suami isteri. -Gambar hiasan AI

"Sekali Allah tunjukkan bukti. Kita pernah tahu tapi tak pernah nampak depan mata. Terus menggeletar tangan masa rekod tu. Terdiam tak tahu nak kata macam mana," luahnya.

Dakwa wanita itu, dia sebenarnya sudah lama mengetahui tabiat buruk suaminya yang suka memuaskan nafsu sendiri malah pernah cuba memadam bahan lucah di dalam telefon bimbitnya selepas mengetahui perkara tersebut.

Dia juga mendakwa sudah bersemuka dengan suaminya sebelum ini dan lelaki berkenaan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit bersalin pun belum hilang! Hati isteri tengah pantang hancur, suami kantoi sembang lucah dengan wanita lain

ARTIKEL BERKAITAN: Suami suka ‘berjuang’ sendirian, makin bergelora tengok isteri tidur terkulai - “Tapi dia suka rakam!"

Namun, kejadian terbaharu itu membuatkan pengadu kembali berdepan kekecewaan, apatah lagi apabila selama ini dia menyangka sudah cukup memenuhi kehendak batin suaminya.

"Ingatkan kalau kita layan dia punya batin, dah cukup. Rupanya masih buat sendiri dekat tandas. Selama ni tahu tapi kita cuba padam apa yang dia save. Kita tanya dan katanya tak kan buat lagi. Ya Allah," luahnya kecewa.

Hantaran wanita berkenaan mengundang perhatian netizen yang tampil dengan reaksi bercampur. 

  • Seorang wanita kecewa apabila mengetahui suaminya masih menyimpan dan menonton bahan lucah secara sembunyi.
  • Dia terbongkar rahsia suaminya ketika ingin mengusik lelaki itu di tandas.
  • Wanita itu mengakui sudah lama mengetahui tabiat buruk suaminya dan pernah memadam bahan lucah dalam telefon lelaki itu.
  • Suaminya pernah berjanji untuk berhenti, namun kejadian sama berulang sehingga membuatkan wanita itu kecewa.
  • Netizen mencadangkan wanita itu membawa suaminya mendapatkan kaunseling.

Ada yang bersimpati dengan nasib wanita itu, lebih-lebih lagi apabila dia mengakui sudah cuba memberikan peluang kepada suami untuk berubah, namun terpaksa berdepan semula dengan perkara yang sama.

"Bawa dia pergi kaunseling.

"Moga suami awak diberi hidayah untuk berubah.

"Mula-mula tengok je, nanti lama-lama duk melanggan pulak. Orang macam ni jangan percaya kak," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain