suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ragu-ragu bawa keluarga pindah KL, bimbang terbeban kos sara hidup... Suami pula tak nak kerja, alasan jaga 6 anak di kampung

Keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur bukan perkara mudah bagi keluarga asal dari luar bandar. -Gambar hiasan AI

HIDUP di bandar besar seperti Kuala Lumpur kedengaran menyeronokkan namun ia turut datang dengan pelbagai cabaran termasuk kos sara hidup yang tinggi.

Namun persepsi masyarakat di luar bandar lazimnya menganggap peluang pekerjaan dan masa depan akan lebih cerah sekiranya bekerja di ibu kota.

Seperti kisah wanita ini, dia bercadang membawa suami dan enam anak mereka berpindah ke Kuala Lumpur bagi mencari peluang lebih besar memandangkan  suaminya masih tidak bekerja.

Kuala Lumpur sarat dengan pelancong dan pembangunan cukup pesat. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun, hasrat tersebut membuatkan adiknya berasa bimbang kerana tidak yakin perpindahan mereka sekeluarga akan membawa perubahan.

"Nak tanya korang yang duduk di Kuala Lumpur, berbaloi ke kalau pindah dengan suami bersama enam orang anak?

"Situasi dia sekarang, kerja seorang je dengan gaji lebih kurang RM4,000. Suami tak bekerja, anak-anak semua dah sekolah kecuali yang bongsu dan ada sebuah kereta.

  • Seorang wanita meluahkan kebimbangan terhadap hasrat kakaknya untuk berpindah ke Kuala Lumpur kerana bimbang kos sara hidup tinggi.
  • Menurut perkongsian adiknya, kakaknya merupakan satu-satunya pencari nafkah keluarga dengan pendapatan sekitar RM4,000 sebulan.
  • Suaminya tidak bekerja atas alasan mahu menjaga anak-anak di kampung, manakala urusan persekolahan diuruskan oleh isterinya.
  • Kakaknya menanggung sepenuhnya komitmen kewangan keluarga, termasuk bayaran pinjaman rumah dan keperluan enam orang anak.

"Kakak aku tengah rancang nak pindah KL tapi aku yang risau takut dia tak cukup (duit) sebab sekarang pun tiap bulan meminjam," katanya.

Menurutnya, abang iparnya tidak bekerja atas alasan mahu membantu menjaga anak-anak di kampung. 

Disebabkan itu, semua bebanan kewangan keluarga termasuk komitmen pinjaman rumah ditanggung sang isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami selesa menganggur, kuat membuta! Cuma mahu ‘kerja’ hantar anak ke sekolah, bini ke pejabat - “Dia bangun hanya untuk makan”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak reda ‘ditunggang’ suami penganggur, sengsara lepas 6 bulan nikah! - “Zakat, belanja raya semua saya bayar”

"Abang ipar bukan OKU, alasan dia tak kerja sebab nak jaga anak-anak sebab kalau dia bekerja tiada siapa nak hantar anak-anak ke sekolah.

"Sekarang kakak kerja di KL manakala suami dan anak-anak tinggal di kampung.

"Kos hidup di kampung tak tinggi cuma ada bayar komitmen rumah, kadang-kadang makan pun tak cukup," tambahnya.

 

Artikel Lain