suria

Wanita tak reda ‘ditunggang’ suami penganggur, sengsara lepas 6 bulan nikah! - “Zakat, belanja raya semua saya bayar”

Suami bertanggungjawab menyediakan kehidupan yang selesa buat anak dan isteri. -Gambar hiasan AI

SUAMI yang berperanan sebagai ketua keluarga sepatutnya bertanggungjawab menyediakan kehidupan yang selesa buat anak dan isteri.

Namun, seorang wanita di aplikasi Thread mendedahkan dia berdepan situasi berbeza apabila terpaksa bertungkus lumus mencari rezeki sedangkan suaminya tidak bekerja.

"Macam mana anda reda kalau suami tak bekerja? Kami baru berkahwin enam bulan, tapi saya rasa kepenatan sangat.

Story on Wave credit and debit card. RAYMOND OOI/ The Star

Masalah kewangan boleh menjadi punca suami isteri bergaduh. -Gambar hiasan AI

"Daripada belanja sekecil-kecil semut sehinggalah duit zakat dan belanja raya, semua saya yang bayar. Suami memang baik.

"Dia rajin tolong kerja rumah, layan perangai saya. Tapi kadang saya tak reda apabila penat pergi kerja, dia duduk di rumah je," kongsinya.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata dia seolah-olah ditipu kerana baru mengetahui sisi gelap suaminya selepas mereka mendirikan rumah tangga.

  • Wanita kongsi kisahnya yang terpaksa bekerja untuk menyara suami.
  • Dia hanya mengetahui suaminya tidak bekerja selepas mereka berkahwin.
  • Dia menanggung semua perbelanjaan sepanjang enam bulan perkahwinan mereka.
  • Segelintir netizen memberi cadangan agar wanita itu berpisah dengan suaminya.

"Sejujurnya lepas kahwin baru tahu dia tak kerja. Ibaratnya, saya ni kena scam dengan seluruh keluarga dia. Selepas kahwin baru kantoi.

"Dia bukan saja tak kerja, tapi tiada rumah dan tiada kereta. Selama ini dia pinjam (kereta) mak ayah atau ahli keluarga.

"Dah puas saya suruh dia cari kerja. Dia masih nak tunggu abang ipar dia bagi kerja. Saya tak tahu nak paksa macam mana dah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami malas kerja, isteri asyik kena gadai emas 'cover' komitmen bulanan! Ramai suruh cerai sebelum ada anak dengan biawak hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami pemalas, suka reka cerita nak nampak hebat...Wanita mula tawar hati, penat buat 4 kerja serentak!

"Sejujurnya saya tak tahu daripada mana dia dapat duit (hantaran kahwin) semua tu. Barang hantaran kami kongsi. Dia memang lain sebelum kahwin," tulis wanita itu lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen memberi saranan agar wanita itu segera angkat kaki sebelum pelbagai lagi masalah lain muncul pada masa akan datang.

"Dia layan kamu baik-baik sebab kamu 'bank' dia. Kalau kamu berhenti bayar, mesti dia mengamuk.

"Kalau awak sanggup hadap, tutup mata je la. Tapi kalau awak cerdik, cerai je," tulis netizen.

Artikel Lain