suria

“Kata dah taubat, tapi buat lagi” - Kakak risau adik perempuan Tingkatan 4 makin merenyam... Kantoi ‘chat’ lucah dengan lelaki!

Keluarga perlu memainkan peranan untuk mengawal remaja yang sedang membesar. -Gambar hiasan AI

PERKEMBANGAN dunia yang semakin moden menjadikan tugas membesarkan anak-anak semakin mencabar buat ibu bapa.

Di Thread, seorang wanita meraih perhatian netizen selepas berkongsi tentang adiknya yang terjebak dalam gejala sosial.

Menurut individu itu, dia terdetik untuk menghantar adiknya ke pusat pemulihan kerana bimbang dengan sikapnya yang semakin sukar dikawal.

Ibu bapa sepatutnya mengawal penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak yang masih bersekolah. -Gambar hiasan AI

"Adik perempuan saya ni suka chat dengan lelaki benda bukan-bukan. Dia baru sekolah menengah, Tingkatan Empat. Adab dengan keluarga hancur.

"Belajar pun tak nak. Dah pening dah ni. Kami dah tak ada ayah. Dia pula buat perangai macam ni. Dah la kami ni bukan keluarga orang senang.

"Saya dah rampas (telefon) dua kali sebab dia kantoi buat hal. Sebelum ni kata dah taubat, tapi dia buat lagi. Saya risau dia ketagih," tulisnya.

  • Seorang pelayar Thread kongsi kisah adiknya yang berperangai liar.
  • Dia berkata adik perempuannya itu masih bersekolah dan baru berusia 16 tahun.
  • Adiknya pernah kantoi menghantar mesej tidak sopan kepada kenalan lelaki.
  • Pengadu buntu untuk mengawal adiknya memandangkan bapa mereka sudah tiada.

Di ruangan komen, netizen menasihati individu itu agar terus bersabar dan tidak jemu menasihati adiknya.

"Kena guna cara psikologi. Budak sekarang kuat memberontak. Cuba jadi kawan kepada dia, jangan bagi tekanan. Nasihat cara lembut tapi tegas.

"Tegurlah secara elok, jangan marah-marah. Cukup biar tegas saja. Awak ada hak, kalau parah sangat perangainya, rampas je la telefon tu," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Bacaan darah ibu naik lebih 200, tertekan didik anak remaja liar... Keluar berjimba tak ingat sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 14 tahun mula hidup liar, bebas ‘diangkut’ lelaki... Jiran sedih ibu bapa langsung tak kisah! - “Budak tu datang rumah kami menangis”

Pelayar Thread turut memberi cadangan agar adiknya dikahwinkan atau dibawa mendapatkan khidmat kaunseling keluarga agar tingkah lakunya lebih terkawal.

"Kahwinkan je. Memang muda lagi, tapi sekurang-kurangnya baru dia tahu macam mana. Lagi pun orang macam ni tak akan serik selagi belum kena.

"Perempuan kalau dah merepek dengan lelaki, elok nikahkan. Elak perkara bukan-bukan," tulis netizen lagi.

Artikel Lain