Setiap ibu pasti akan berasa tertekan dengan tingkah laku dan sikap anak remaja degil. -Gambar hiasan AI
DUNIA keibubapaan sememangnya penuh dengan cabaran.Begitulah yang dirasai wanita ini apabila anak lelaki yang disayangi sentiasa menguji kesabaran sehingga menjejaskan kesihatan dirinya. Situasi yang berlaku itu membuatkan dia menganggap dirinya sebagai seorang ibu yang gagal."Terasa macam I'm a loser mum, anak keluar berjimba macam esok tak sekolah.Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. -Gambar hiasan AI"Boleh pergi snooker dengan kawan-kawan yang tidak sekolah," luahnya di Thread.Sebagai ibu, dia menjalankan tanggungjawab untuk menegur dan mendidik anaknya yang baru berusia 16 tahun.Malah, dia turut menghalang anaknya daripada berpelesiran mahupun berkawan dengan individu yang tidak bertanggungjawab.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita resah ada anak kurang cerdik, tak warisi kepandaian mak ayah - “Saya dan suami pelajar cemerlang SBP”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hambat balik anak-anak jiran, geram perangai kurang ajar! Tak cukup buka peti sejuk ambil makanan, siap selongkar bilik tidurNamun malangnya, usaha tersebut bagai tidak berhasil apabila anak enggan patuh pada teguran yang diberikan."Dah pesan tak payah berkawan dengan mereka, tetap nak berkawan juga. "Belajar hisap vape, dah dirampas pun tetap nak menempel dengan mereka," luahnya yang turut menegur rakan anaknya itu.Ibu tertekan, anggap diri gagal didik anak.Anak ponteng sekolah, keluar main snuker dan vape.Tegur dan halang, tapi anak tetap tak berubah.Lepas marah, ibu sakit dada, BP naik 200/120.Netizen simpati, nasihat utamakan kesihatan & cara lain didik anak.Ringkasan ini dijana oleh AITambah wanita itu lagi, dia sudah lama bersabar dan enggan menghamburkan kemarahan kepada anaknya disebabkan masalah sikap serta tingkah laku.Namun malangnya, remaja tersebut bukan sahaja tidak berubah malah terus membuatkan dirinya tertekan.Susulan itu dia meledakkan kemarahan yang terpendam sehingga mengakibatkan kesihatannya sedikit terjejas."Merasa la lepas hamun semua, sakit dada, badan menggigil, periksa tekanan darah tinggi naik 200/120," katanya hiba.Warga maya berkongsi pandangan.Luahan tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya. Ramai yang memberi nasihat agar mengutamakan kesihatan diri dan mencari pendekatan lain dalam mendidik anak remaja yang sedang memberontak."Anak remaja lelaki ni, ayah dia yang kena uruskan, kalau mak memang mereka tak mahu dengar."Budak sekarang memang tak makan saman, kat belakang nanti dia buat lebih dahsyat."Tolong ubah dia selagi dia masih remaja, salah seorang dalam keluarga saya jadi biawak hidup, sekarang usia 35 tahun," demikian antara reaksi netizen.