suria

Rakan marah, tuduh tiru nama anak kemudian 'unfollow' di IG! Anggap ada hak eksklusif sebab bersalin dulu

Hubungan dengan rakan tak sepatutnya putus disebabkan isu remeh. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila hubungan dengan seorang rakan terputus disebabkan terdapat persamaan pada nama anak.

Lebih menambah rasa pilu apabila situasi tersebut berlaku ketika dia sedang bahagia berkongsi berita gembira tentang cahaya mata yang baru dilahirkan.

"Sanggup gaduh dengan rakan disebabkan nama anak kebetulan sama. 

Sesiapa sahaja cenderung memiliki nama sama dengan individu lain. -Gambar hiasan

Sesiapa sahaja cenderung memiliki nama sama dengan individu lain. -Gambar hiasan

"Aku sejujurnya tak tahu pun nama anak perempuan dia sehinggalah aku buat hantaran pasal nama anak aku di Instagram," luahnya di Thread.

Menurut wanita ini, susulan perkongsian yang dibuat rakan berkenaan terus menghubunginya dan memberitahu dia bersalin lebih awal serta memilih nama tersebut terlebih dahulu.

"Dia terus hubungi aku dan cakap dia yang bersalin dulu dan guna nama tu sebelum aku," katanya yang mengakui terkilan dengan tindakan rakannya itu.

  • Hubungan dengan seorang rakan terputus gara-gara nama anak sama.
  • Wanita kongsi berita kelahiran, tak sangka jadi punca konflik.
  • Rakan hubungi, dakwa dia guna nama itu terlebih dahulu.
  • Hubungan makin tegang, rakan ‘unfollow’ dan putuskan persahabatan.
  • Netizen anggap isu remeh, nama anak bukan hak eksklusif.

Situasi semakin tegang apabila rakannya mengambil tindakan drastik dengan memutuskan hubungan dengan dirinya di media sosial.

"Tak apalah, dia pun dah unfollow dan buang aku daripada senarai followers dia. 

"Semoga hidup dia lebih tenang, bahagia dan lebih matang lepas ni," tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri jumpa surat, foto lama dalam kotak milik suami… Mata tertumpu pada satu nama tidak dikenali - “Sama dengan anak lelaki kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Punyalah sakit meneran, orang lain paksa namakan bayi Zara Qairina - "Eh beranaklah sendiri"

Hantaran yang dibuatnya itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya menganggap isu nama anak adalah perkara kecil.

"Nama anak sama pun boleh jadi isu.

"Ingatkan sama sampai ke binti, over betul kawan kau ni... nama tu memang biasa pun sekarang ni.

"Lain kali suruh dia daftarkan trademark dan copyright, barulah orang tak boleh tiru," demikian reaksi netizen.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut menjawab pertanyaan netizen dengan memaklumkan nama yang menjadi pertikaian adalah Helena.

Artikel Lain