suria

Wanita rimas suami izin abang, adik ipar lelaki tinggal sebumbung... Rasa macam kahwin ‘pakej’ kena layan makan, pakai ramai-ramai

Hukum ipar-duai tinggal serumah yang ketiadaan mahram adalah dilarang oleh syarak dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah. -Gambar hiasan AI

TINGGAL sebumbung bersama ipar lelaki mengundang rasa tidak selesa seorang wanita khususnya membabitkan soal batas aurat.

Menerusi luahan di media sosial, wanita itu berkata hal itu terjadi apabila suaminya membenarkan abang dan adik lelakinya menumpang di rumah mereka untuk tempoh yang tidak ditetapkan.

Justeru pengadu tertanya-tanya sama ada dia perlu melayan makan minum, pakaian dan kebajikan ipar-iparnya sebagaimana melayan suami sendiri.

Menguruskan rumahtangga tanpa bantuan pasangan boleh menyebabkan tekanan. -Gambar hiasan AI

"Sekarang ni, saya dengan suami serta tiga orang anak duduk serumah dengan ipar-ipar lelaki saya. Benda ni bermain dekat kepala saya banyak hari dah.

"Nak tahu wajib ke saya melayan (uruskan) makan, minum dan pakaian ipar seperti mana saya melayan suami? Tunggu suami balik kerja dan hidangkan makanan.

"Layan berborak... ipar balik rumah tak tentu masa. Suami pula kerja malam jadi saya nak tahu sebab ada benda yang buatkan saya keluarkan isu ni," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita doa adik ipar perempuan segera pindah, tak tahan tinggal serumah! Rasa terbeban kena masak, jaga makan minum

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ipar tinggal sebumbung, lagak duduk hotel! Tak bantu buat kerja rumah, makan ditanggung 1 sen pun tak hulur

Tambah pengadu dia juga memilih untuk hanya berkurung di dalam bilik tidur jika suaminya yang bekerja secara shif tiada di rumah.

"Saya memang tak nak mereka ada di rumah, tapi ipar memaksa. Mereka cakap sekejap je tapi sudah lama sangat dan saya dah mula rasa tak selesa.

"Saya cakap dengan suami, saya perempuan dan ada dua orang anak dara. Anak lelaki yang bongsu baru lapan tahun. Sampai bila saya tak bebas dekat rumah sendiri," katanya.

  • Wanita tidak selesa tinggal serumah dengan ipar lelaki hingga mempersoalkan batas layanan yang wajar diberi.
  • Dia keliru sama ada perlu melayan ipar seperti melayan suami sendiri.
  • Pada awalnya dia akur kerana disangka sementara, namun keadaan berlarutan.
  • Kini dia berasa tidak bebas di rumah sendiri bersama dua anak perempuan yang semakin membesar.
  • Netizen menasihatinya supaya menjaga batas bagi mengelakkan fitnah.
Ringkasan ini dijana oleh AI

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menasihati wanita berkenaan supaya lebih menjaga batas memandangkan tinggal serumah dengan ipar lelaki.

"Ipar lelaki balik tak tentu. Suami pula kerja malam. Ini resepi disaster (malapetaka) ke arah maksiat lebih besar.

"Minta suami arahkan dia keluar, tinggal tempat lain. Sangat tak elok sis walaupun ada anak sekali pun dalam rumah.

"Maaf kalau teguran ni buat awak terasa," komen beberapa netizen.

Artikel Lain