KISAH perceraian pelakon Park Jae Hyun dengan bekas isterinya yang 16 tahun lebih muda daripadanya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.Berkongsi mengenai perkara itu, Jae Hyun mendedahkan mereka hanya berkenalan selama enam bulan sebelum berkahwin kerana isterinya disahkan hamil ketika itu. Namun pada waktu tersebut, dia berdepan kesempitan hidup, malah anak perempuannya pula terpaksa menjalani pembedahan jantung.Jae Hyun dan bekas isteri selesa dengan hidup masing-masing."Ketika itu saya hanya menerima kira-kira RM5,300 (1.50 juta KRW) sebulan untuk menampung kehidupan keluarga," ujarnya dalam rancangan Private Lives.Bagaimanapun, keadaan mula menjadi tegang apabila ibu bapanya datang tinggal bersama seminggu sebelum anak mereka menjalani pembedahan.Dalam tempoh itu, isterinya tidak menyediakan sarapan untuk ibu bapanya, malah perkara kecil di rumah sering menjadi punca pertengkaran berterusan."Isteri mempersoalkan keutamaan dalam hidup saya, sama ada pembedahan anak atau ibu bapa," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon berdepan hutang RM5 juta, didakwa tak bayar bahan mentah restoranARTIKEL BERKAITAN: The Pussycat Dolls kenang insiden disekat di Malaysia kerana berpakaian seksi"Akhirnya saya memilih ibu bapa dan berpindah keluar dari rumah dan memulakan proses perceraian," kongsi.Pendedahan tersebut mengundang pelbagai reaksi ramai yang rata-rata mengecam tindakan Jae Hyun kerana menganggap hal remeh menjadi punca perceraian.Malah bekas isterinya, Han Hye Ju juga memaklumkan tidak berniat untuk kembali bersama dengan aktor tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube