suria

Pelakon senior bongkar kisah gelap, terjebak dengan dadah sejak sekolah menengah

Pengakuan berani Ivan Ray mengejutkan banyak pihak.

PELAKON Ivan Ray membuat pengakuan terbuka mengenai penglibatannya dengan najis dadah sejak zaman sekolah menengah.

Dalam satu temu bual eksklusif menerusi saluran YouTube Indra Bruggman, Ivan, 46, mendedahkan dia pernah terlibat dengan dadah jenis heroin.

Ivan terjebak dengan dadah sejak sekolah menengah. 

"(Mengenal dadah) semasa sekolah menengah. Ya, gara-gara ditawarkan oleh kawan," katanya.

Bukan sekadar mencuba, Ivan turut mengakui pernah menjadi pengedar dadah pada peringkat tertentu.

Dia menjelaskan kesan penggunaan barang terlarang itu membuatkan dirinya berada dalam keadaan khayal seolah-olah berada dalam dunia sendiri. 

ARTIKEL BERKAITAN: The Pussycat Dolls kenang insiden disekat di Malaysia kerana berpakaian seksi

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu buat hal! Bekas teman wanita ‘spill the tea’... "Dia selalu curang, ada anak dengan perempuan lain"

"Bila ambil (dadah) ia lebih kepada ada dunia sendiri sahaja. Memang seronok, tapi sekejap," ujarnya.

Lebih mengejutkan, Ivan turut mendedahkan bahawa rakannya, Diana Pungky juga pernah terlibat dalam aktiviti sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain