NAMA pelakon Lee Jang Woo kini menjadi perhatian selepas didakwa mempunyai hutang tertunggak dengan pembekal bahan mentah untuk restoran sup miliknya. Memetik laporan Korea Boo, hutang berkenaan dianggarkan RM5 juta (₩1.8 bilion) dan telah tertunggak selama lapan bulan. Menurut pembekal berkenaan, pada awal perniagaan aktor tersebut tidak menghadapi sebarang masalah untuk melakukan pembayaraan. Jang Woo pilih diamkan diri dari sebarang kenyataan.Bagaimanapun, situasi mula berubah apabila pelakon itu didakwa melengah-lengahkan bayaran, menyebabkan jumlah tertunggak semakin meningkat dari masa ke masa."Saya mempercayainya kerana dia seorang selebriti dan sanggup menunggu, tetapi pembayaran telah ditangguhkan selama lebih setahun. "Dia akan membayar hutang sekitar RM6,000 sambil memesan bahan-bahan bernilai RM14,000, jadi hutang itu terus menimbun," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon lelaki buang rasa malu, sanggup jual ubi keledek demi bayar hutang RM35 jutaARTIKEL BERKAITAN: Setahun diboikot, pelakon wanita akhirnya berani bersemuka peminatBuntu dengan perkara tersebut, pembekal berkenaan akhinya menghantar mesej sendiri kepada aktor tersebut dan menuntut agar dia membuat pembayaran segera. Namun rakan kepada aktor itu tampil mendakwa Jang Woo bukan pemilik restoran berkenaan.Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada Jang Woo mengenai tuduhan tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube