suria

Pelakon lelaki buang rasa malu, sanggup jual ubi keledek demi bayar hutang RM35 juta

Chia Chia gigih berniaga untuk membayar hutang.

DEMI melangsaikan hutang jutaan ringgit, pelakon dan pengacara veteran Taiwan, Peng Chia Chia sanggup mengetepikan rasa malu dengan menjual ubi keledek di ladang.

Chia Chia, 69, berkata dia mengalami kerugian selepas terjerat dengan hutang kira-kira RM35 juta kerana kegagalan sebuah projek filem yang disertainya.

Malah dia juga diisytiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang tersebut. 

Chia Chia juga menjual telur ayam untuk sara kehidupan.

Bukan setakat menjual ubi keledek, dia juga dipercayai pernah menjual telur ayam kampung dan kimchi.

Dia juga tanpa malu melakukan siaran langsung dari sebuah ladang di China. 

Kata Chia Chia, dia pernah berdepan tekanan emosi sehingga terfikir untuk menamatkan hidupnya namun dia tetap berusaha melangsaikan hutang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun diboikot, pelakon wanita akhirnya berani bersemuka peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa larang Yulhee cari pasangan baharu, tak fikir nak kahwin lepas cerai

“Kalau saya berputus asa, itu akan jadi identiti saya. Biarlah saya rasai sendiri apa yang dimaksudkan jatuh terduduk paling dalam itu," katanya. 

Difahamkan, Chia Chia masih berhutang dengan lebih 60 peminjam sah dan 30 lagi peminjam tidak berlesen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain