KEGAGALAN dalam perkahwinan sebelum ini membuatkan penyanyi Yulhee memilih untuk tidak kembali mencari pasangan hidup atau berumah tangga.
Malahnya bapanya sendiri pernah memberi pesan agar dia tidak terjerumus dalam satu perhubungan selepas bercerai pada tahun 2023.
"Ayah pernah bercakap dia tidak mahu melihat mana-mana lelaki dalam hidup saya.

Perkahwinan Yulhee dan Minhhwan tidak bertahan lama.
"Katanya kalau bercinta pun, jangan bawa lelaki itu datang berjumpanya," ceritanya ketika tampil dalam rancangan Let's Go.
Tambah bekas anggota kumpulan Laboum ini, keputusan untuk tidak berkahwin juga adalah demi menjaga emosi tiga anaknya.
Bahkan Yulhee akui dia kini selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri bongkar kisah lama, Choi Minhwan boleh dipenjara terlibat aktiviti pelacuran
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dedah skandal bekas suami, Yulhee tuntut hak penjagaan anak pula
"Saya tiada niat untuk melahirkan anak lagi atau berkahwin semula. Saya rasa ia akan menyakiti anak-anak," luahnya.
Untuk rekod, Yulhee pernah berkahwin dengan ahli kumpulan F.T Island, Choi Min-hwan pada Oktober 2018 selepas menyambut kelahiran anak lelaki sulung mereka pada Mei tahun sama.
Pasangan itu kemudian dikurniakan anak kembar perempuan pada Februari 2020.
Pada Disember 2023, Yulhee dan Minhwan mengumumkan perceraian mereka secara rasmi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


