suria

Setahun diboikot, pelakon wanita akhirnya berani bersemuka peminat

Angelababy teruja bertemu peminatnya kembali.

SELEPAS setahun menyepi gara-gara terpalit kontroversi, pelakon China Angelababy akhirnya memberanikan diri berjumpa orang ramai. 

Namun, kemunculannya disertai dengan air mata apabila dia tidak dapat menahan sebak ketika bertemu peminat yang masih setia menyokongnya.

Menerusi video tular, Angelababy sempat menyapa peminat serta berjalan mengelilingi lokasi acara sambil membalas dengan senyuman.

Angelababy tak dapat menahan sebak bertemu peminat.

“Saya benar-benar terharu dan tak sangka masih ada yang setia menyokong saya,” ujarnya.

Sebagai tanda terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi, Angelababy menghadiahkan kira-kira 100 cawan teh susu kepada peminat.

Difahamkan, ini merupakan penampilan pertamanya sejak diboikot oleh netizen China pada penghujung 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi wanita jual gambar bogel, terdesak nak bayar hutang kad kredit

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran pelakon diserbu peminat fanatik, 5 kali berpindah hotel dalam satu malam

Kontroversi itu tercetus apabila dia didakwa menonton persembahan Lisa Blackpink di kelab Crazy Horse, di Paris.

Walaupun kehadirannya tidak pernah disahkan, kerjayanya terus tenggelam akibat kecaman hebat netizen.

Sejak itu, namanya digugurkan daripada pelbagai rancangan televisyen dan beberapa kontrak jenama turut ditamatkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain