suria

Penyanyi wanita jual gambar bogel, terdesak nak bayar hutang kad kredit

Amy menyesal dengan perbuatannya.

BEKAS anggota kumpulan wanita Taiwan membuat pengakuan mengejutkan apabila mendedahkan dia terpaksa menjual gambar bogel demi melunaskan hutang kad kredit.

Amy Yeh, 42, yang pernah menganggotai kumpulan Fantasy 4, mengaku mengalami tekanan kewangan teruk sehingga terpaksa mengambil jalan singkat untuk mendapatkan wang cepat.

Jelasnya ketika itu dia menanggung hutang sekitar RM300,000 dan bersetuju untuk menjadi model dengan bayaran yang lumayan.

Antara foto tular sehingga menjejaskan nama Amy.

“Saya tak nampak jalan keluar. Masa itu saya muda dan naif. Mereka tawarkan RM4,600 untuk satu gambar... saya setuju,” katanya.

Menurut Amy, awalnya dia dijanjikan sesi fotografi biasa di hotel sebelum bertukar lokasi dan meminta memakai pakaian renang.

Lebih mengejutkan juga apabila dia dipaksa oleh jurugambar dan pengurus untuk berbogel sepenuhnya untuk mendapatkan foto yang sesuai dengan kemahuan mereka.

Malangnya, gambar-gambar tersebut bocor di internet pada tahun 2005, selepas dia mula dikenali sebagai selebrit dan berasa dikhianati.

ARTIKEL BERKAITAN:  Cassandra bertindak di luar kawalan, berani rampas beg dan telefon Olivie Tsao... Rupanya dah lama beri gangguan

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran pelakon diserbu peminat fanatik, 5 kali berpindah hotel dalam satu malam

“Mereka beri jaminan semua dirahsiakan. Ada dokumen tandatangan dan sebagainya. Tapi semuanya palsu.

"Saya sangka semuanya selamat... tapi bila gambar tersebar, saya rasa hidup saya musnah,” luahnya.

Selepas melalui episod memalukan, dia kini menjalani kehidupan sederhana dan bahagia bersama suami serta anaknya.

“Saya harap kisah saya jadi pengajaran kepada wanita muda di luar sana. Jangan buat keputusan terburu-buru ketika terdesak,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain