PENYANYI dan pelakon Hong Kong, Aaron Kwok berdepan detik cemas apabila matanya hampir tercucuk objek tajam ketika diserbu peminat yang terlalu teruja untuk bertemu dengannya.
Menerusi video yang tular, insiden itu berlaku ketika sekumpulan peminat berebut-rebut mendapatkan tandatangannya.
Dalam kekecohan tersebut, Aaron kelihatan terkejut dan tergamam apabila objek tajam itu hampir mencederakan matanya.

Aaron terkejut dengan sikap ganas peminat.
Dia turut dilihat menggosok mata bagi memastikan tiada kecederaan berlaku.
Susulan kejadian itu, Aaron menasihati peminat agar tidak bertindak keterlaluan, malah mengakui berasa takut dengan sikap agresif sesetengah daripada mereka.
“Saya tahu kamu semua peminat setia, tetapi tidak perlu terlalu agresif. Apabila kamu terlalu ekspresif, saya jadi takut,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah hidup susah, Aaron Kwok jadi tukang sapu untuk cari duit saku
ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara tablet hempap muka, bekas kekasih Aaron Kwok masuk hospital semasa sedang kuarantin
Tambahnya lagi, dia amat menghargai sokongan peminat, namun ia bukan alasan untuk mereka bertindak melulu sehingga boleh membahayakan keselamatannya.
“Saya gembira jika kamu hanya menjerit nama saya daripada jauh. Tidak perlu menyerbu atau memaksa saya memberikan tandatangan,” luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


