suria

[V] Insiden maut seorang penunggang e-hailing di Jakarta, Melly Goeslaw mohon maaf bagi pihak DPR

Melly tampil mohon maaf kepada rakyat Indonesia selepas insiden maut pemandu ojek.

PENYANYI dan komposer yang juga merupakan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Melly Goeslaw tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan insiden yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal perkhidmatan e-hailing, Affan Kurniawan. 

Melly atau Melliana Cessy Goelaw, 51, mengakui insiden [Tonton video] tersebut telah menimbulkan kemarahan dan kekecewaan masyarakat Indonesia, termasuk rakan-rakan terdekatnya. 

Kata Melly, dia turut berasa kesal dan sedih terhadap insiden berlaku serta mengakui kesilapannya sebagai wakil rakyat. 

Perkongsian Melly di Instagram miliknya.

"Izinkan saya secara peribadi memohon maaf. Saya banyak melakukan kesalahan, banyak kekurangan dan masih belum menjadi yang terbaik di mata semua pihak. 

"Ramai kawan-kawan jauh dan dekat kini membenci institusi tempat saya bernaung, DPR RI (Republik Indonesia) dan mungkin turut membenci diri saya sendiri," katanya. 

Melly berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Melly Goeslaw berhenti merokok selepas pembedahan bariatrik, berat badan turun 34 kilogram 

ARTIKEL BERKAITAN: Melly Goeslaw dituduh perosak rumah tangga 15 tahun lalu, wanita desak berjumpa atau rahsia terbongkar

Dalam pada itu, Melly menerima segala tohmahan yang diberikan rakyat Indonesia dan berharap agar masih diberi ruang untuk memperbaiki diri menjadi individu lebih baik. 

"Saya amat memahami dan menerima kebencian yang dirasai kalian terhadap kami (DPR). Sekali lagi, maafkan saya dan semoga diberikan waktu dan peluang untuk menjadi lebih baik," ujarnya. 

Pada Khamis, Affan dilaporkan meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kenderaan perisai polis

semasa demontrasi yang berlaku di Pejompongan, Jakarta Pusat. 

Menerusi video yang tular, kenderaan itu dilihat meluncur laju di tengah-tengah kekecohan dan dikatakan telah melanggar mangsa menyebabkan Affan mengalami kecederaan parah.

Melly menyesali insiden yang berlaku di kota Jakarta pada Khamis.

Affan segera dikejarkan ke Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM) untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Pada Khamis, penunjuk perasaan membantah beberapa isu termasuk gaji penggubal undang-undang, pembiayaan pendidikan dan program makanan sekolah oleh kerajaan.

Sebuah persatuan pemandu motosikal berkata, lelaki yang maut itu tidak terbabit dalam protes berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain