suria

Zimi Sofarz masih menunggu baki RM70,000, bengang penganjur belum lunas bayaran konsert

KOMPOSER dan pemuzik, Zimi meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa penganjur konsert gagal melunaskan baki bayaran konsert kumpulannya iaitu Akim & The Majistret yang berlangsung pada Jun tahun lalu.

Menurut Zimi atau nama sebenarnya Zarimi Zahari, 42, beberapa usaha dilakukan bagi mendapatkan bayaran berkenaan namun semuanya menemui jalan buntu apabila pihak penganjur didakwa mengelak daripada dihubungi.

“Ini membabitkan konsert Akim & The Majistret pada bulan Jun tahun lepas, konsert tersebut memang jadi tapi kesalnya apabila baki bayaran sehingga kini masih tidak dapat.

“Sepatutnya ikut perjanjian bayaran diterima dua minggu selepas selesai kerja tapi nampaknya baki bayaran sehingga kini tidak dapat lagi sebanyak RM70,000.

“Saya dan beberapa pihak lain cuba hubunginya dan mencarinya tapi gagal sebab dia lari tapi tidak mengapa saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa untuk uruskan, saya dengar bukan kami saja tetapi ada ramai lagi yang jadi mangsanya”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi