suria

Ada artis tak puas hati, Haqiem Rusli pilih berdepan bukan cakap belakang... Buang sikap toksik sejak kahwin

PENYANYI Haqiem Rusli menasihati rakan selebriti untuk tidak meluahkan masalah terutamanya isu peribadi di media sosial.

Bagi Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 28, hal peribadi sepatutnya diselesaikan tanpa pengetahuan umum supaya tidak membuka aib mana-mana pihak.

“Saya pernah bergaduh dengan artis lain secara depan-depan kerana status di media sosial macam sindir saya dulu.

“Kalau kita marah dekat seseorang tapi mesti kena jaga adab, kalau kita panggil individu itu dengan gelaran kurang senang jadi dosa pula.

“Kalau saya tidak puas hati dengan mana-mana orang atau artis ni saya datang berjumpa terus dengan dia, luahkan kepada dia apa yang tak puas hati,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi