suria

[V] Pelamin nikah terbakar, Pablo Amirul selamba ketawa… “Kalau meletup saya selamatkan isteri dulu”

PELAKON Pablo Amirul kekal tenang dan masih mampu ketawa meskipun berdepan insiden kebakaran kecil ketika majlis pernikahannya pada Isnin.

Menurut Pablo atau Amirul Hisyam Mohd. Sakri, 42, situasi tersebut tidak mengganggu emosi atau tumpuannya kerana keadaan masih terkawal.

“Saya ini pelakon aksi jadi sudah terbiasa berdepan situasi mencabar. Saya tengok keadaan masih terkawal dan tidak berbahaya.

Pablo kekal tenang ketika insiden kebakaran kecil berlaku. 

“Kalau meletup, lain ceritalah. Ketika itu, sudah tentu keutamaan saya adalah menyelamatkan isteri. 

“Tapi kejadian ini jadi antara momen paling menarik,” katanya kepada mStar. 

Insiden tersebut difahamkan berlaku ketika pasangan pengantin sedang menjalani sesi fotografi menggunakan gimik letupan belon. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pablo Amirul sah bergelar suami Dr Hana Rose 

ARTIKEL BERKAITAN: Pablo Amirul bakal akhiri zaman bujang, buat keputusan dalam masa singkat

Bagaimanapun, secara tiba-tiba tercetus kebakaran kecil pada bunga hiasan di bahagian kanan pelamin, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan tetamu yang hadir.

Sementara itu, isteri Pablo iaitu Dr Hana Rose atau nama sebenarnya Hanis Farhana Hasrul Sani turut berkongsi pandangannya mengenai sikap suaminya yang disifatkan sebagai pelindung sejati.

“Saya sudah lama berdikari sebagai seorang wanita. Akhirnya saya bertemu lelaki yang mampu melindungi saya. 

Tapi kejadian ini jadi antara momen paling menarik

PABLO AMIRUL 

PELAKON 

“Walaupun wajahnya nampak garang, tetapi hatinya sangat mendamaikan,” ujarnya. 

Mengulas tentang pernikahannya dengan Dr Hana, Pablo menyifatkan perkahwinan ini sebagai hadiah paling bermakna dalam hidupnya, apatah lagi berlangsung sehari selepas sambutan hari jadinya.

“Semalam hari jadi saya, hari ini kami bernikah. Ini hadiah terbaik yang pernah saya terima.

Pablo sah bergelar suami pada Isnin. 

“Saya kini ada isteri, ada anak dan dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa bersama saya dalam susah dan senang,” katanya.

Pada Isnin, Pablo Amirul sah bergelar suami kepada Dr Hana Rose dengan sekali lafaz kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Majlis pernikahan pasangan ini diraikan bersama keluarga dan sahabat handai di The Dove Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain