PELAKON Pablo Amirul mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Dr Hana Rose pada 2 Februari ini. Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 41, berkata keputusan untuk bernikah dibuat dalam tempoh singkat kerana enggan menangguhkan perkara baik. Menurutnya, kesibukan kerjaya masing-masing turut mendorong mereka untuk menyegerakan perancangan tersebut.Pablo memaklumkan berita pernikahannya itu di Instagram miliknya."Ramai tahu pasangan saya seorang pakar estetik. Dia selalu ke luar negara untuk kerja manakala saya pula sibuk dengan jadual penggambaran. "Kali ini kami ambil keputusan untuk settle down dengan perkara baik (nikah) kerana hidup ini singkat. "Perancangan untuk berkahwin ini dibuat dalam masa yang pendek. Kami buat keputusan untuk bernikah pada akhir tahun lalu dan seolah-olah macam dapat 'hidayah' (sampai seru)," katanya ketika dihubungi mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan doktor estetik dapat restu, Pablo Amirul rancang kahwin malas bercinta lama-lamaARTIKEL BERKAITAN: Bakal isteri tak pandai masak bukan masalah, Pablo Amirul tetap sayangMengakui persiapan yang dilakukan agak mencabar, Pablo menyifatkan keputusan tersebut sebagai sesuatu yang berani namun bersyukur kerana segala urusan menuju hari bahagia dipermudahkan. "Saya tak nafikan ini adalah idea gila. Kalau diberi peluang saya pun nak jadi seperti pasangan pengantin lain yang mempunyai masa selama enam bulan untuk buat persiapan nikah. "Jadi dalam masa yang singkat ini kami hanya buat persiapan mana yang boleh saja. Alhamdulillah lokasi majlis akad nikah pun saya dah dapat confirmkan semalam (Sabtu). Saya tak nafikan ini adalah idea gila. Dalam masa yang singkat ini kami hanya buat persiapan mana yang boleh saja.PABLO AMIRULPELAKON"Syukur semuanya dipermudahkan, termasuk dapat lokasi di saat akhir. Bakal isteri saya ini berasal dari Sabah dan segala proses dokumen pernikahan berjalan lancar dalam tempoh dua minggu ini," ujarnya. Buat masa ini, Pablo menyerahkan urusan perkahwinan kepada pihak keluarga dan hanya mahu memberi fokus kepada majlis akad nikah terlebih dahulu."Buat masa ini saya serahkan semuanya kepada pihak keluarga. Saya nak fokus untuk majlis nikah saja dulu dan selepas nikah nanti baru kami akan fikir majlis resepsi pada tarikh yang lain. Pablo (kanan) menganggap sudah tiba masa untuk mendirikan rumah tangga."Saya harap semua pihak dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami dan dipermudahkan untuk acara akad nikah nanti," katanya.Pada April tahun lalu, Pablo berkongsi dirinya kini sedang hangat bercinta dengan pakar estetik yang dikenali sebagai Dr Hana Rose. Menurut aktor berkenaan, hubungan mereka sudah mendapat restu keluarga dan enggan membuang masa terlalu lama bercinta.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube