suria

Suami tak sabar tatap wajah jenazah Nadia Kesuma, anak menangis tak dapat ikut ke Jeddah… Kongsi makanan kegemaran arwah

Ramai yang menitip pesan rindu dan sayang terhadap Nadia.

SUAMI kepada pelakon Allahyarham Nadia Kesuma tidak sabar untuk bertemu jenazah isterinya buat kali terakhir.

Menerusi luahan yang dimuat naik, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah berkongsi kenangan serta  beberapa individu penting dalam hidup mereka. 

Biarpun tidak semua ahli keluarga dapat menziarahi Allahyarham, namun kehilangan Nadia pastinya meninggalkan kesan yang cukup mendalam. 

"Dalam perjalanan untuk berjumpa denganmu sayang, sangat teruja. 

Luahan Muhammad Kamarul buat isteri tercinta. 

"Anak-anak sangat sayang dan terlalu merindui kamu. Deena menangis teresak-esak di telefon. Terpaksa memujuk Iqi kerana dia mahu ikut berjumpa kamu. 

"Aku berjanji kepadanya suatu hari nanti kita semua akan ziarah istana barumu," tulisnya. 

Dalam hantaran tersebut, Muhammad Kamarul turut menyentuh hati ramai apabila bercerita makanan kegemaran Allahyarham. 

"Aku tidak bawa apa-apa untukmu kali ini. Tiada chay kuey teow Adam atau masakan Auntie dari Tun Saadon atau kimchi wantan Medan Selera Gelugor. 

ARTIKEL BERKAITAN: Arwah tak pernah cerita tentang sakit jantung, Anne Abdullah sedih terima berita Nadia Kesuma meninggal dunia… “Rasa mahu terbang ke Jeddah” 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia adalah isteri yang taat, penyayang, ikhlas dan setia” - Suami kongsi luahan pilu, jenazah Nadia Kesuma akan dikebumi di Jeddah

"Pastinyanya hidangan kamu sekarang luar biasa. Tapi aku datang dengan penuh kasih sayang," luahnya. 

Muhammad Kamarul turut berkongsi rasa terharu apabila ramai yang menghubunginya menyampaikan ucapan takziah selain meluahkan rasa sedih. 

Dalam masa sama, Muhammad Kamarul sempat menitip kata-kata manis sebelum tiba di Jeddah. 

Gambar kenangan keluarga Nadia. 

"Menerima ratusan mesej daripada kawan-kawan dan juga orang yang tidak dikenali. Rupanya kamu bukan orang asing bagi mereka. 

"Mereka menelefon dan terus menangis. Aku sendiri tidak faham bagaimana mereka boleh begitu. 

"Kami sudah separuh jalan, jumpa kamu malam ini. Sayang kamu," luahnya. 

Nadia disahkan meninggal dunia di Jeddah. 

Nadia atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, sebelum ini disahkan meninggal dunia di Jeddah, Arab Saudi akibat sakit jantung. 

Sebelum ini dia dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Jeddah pada Khamis ketika dalam perjalanan mengikuti pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi.

Dia bersama jemaah lain sepatutnya meneruskan penerbangan ke London selepas transit di Jeddah selama beberapa jam dan akan kembali semula ke Jeddah bagi urusan umrah. 

Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital King Fahd dan dijangkan akan dikebumikan di sana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Ben Amir kini sah bergelar suami