suria

Hadie Elfardie jadi 'buruan' wanita, terima mesej ajak kahwin

Hadie bimbang terjerumus ke arah perkara tidak elok.

KETIKA namanya semakin dikenali, penyanyi Hadie Elfardie tidak dapat lari daripada gangguan sesetengah pihak yang cuba mendekatinya.

Kata Hadie, 18, ramai individu tidak dikenali mengirimkan mesej di laman sosial miliknya sehinggakan ada ketikanya dianggap agak keterlaluan.

“Saya selalu dapat mesej. Setiap minggu kalau semak telefon, ada sahaja yang pelik-pelik. Namun, tiadalah yang tidak senonoh.

Hadie sentiasa menjaga batas dalam pergaulan. 

“Ada yang minta nombor telefon dan ajak keluar. Paling kelakar bagi saya apabila ada yang ajak kahwin. Bagi saya, itu agak berlebihan,” katanya kepada mStar.

Hadie memberitahu dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak melayan perkara sebegitu dan sentiasa mengingatkan diri mengenai niat asal bergelar penyanyi.

Bahkan, kesibukan jadual kuliahnya kini juga menjadi satu cara untuk dia tidak terlalu aktif melayan mesej di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai geng makcik-makcik ‘cair’ dengan Hadie 

ARTIKEL BERKAITAN: Hadie dipulau rakan gara-gara mulut netizen… “Korang yang pergi sekolah, patut pandailah fikir”

Peserta program Talk To My Manager (TTMM) itu turut kekal dengan prinsip berpegang teguh pada pendirian sendiri.

“Saya tak mahu apabila dikenali mulalah jadi kejutan budaya. Saya masih kekal jadi diri sendiri. Saya layan semua orang sama sahaja walaupun sudah dikenali.

“Saya kena ingatkan diri bahawa masuk dalam industri bukan untuk perkara sebegitu.

Paling kelakar bagi saya apabila ada yang ajak kahwin

HADIE ELFARDIE

PENYANYI 

“Sekarang saya pun sibuk dengan kuliah, jadi tidaklah terlalu fokus hendak melayan media sosial,” jelasnya.

Hadie kini memulakan pengajian dalam bidang Pelancongan dan Perhotelan di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills.

Hadie kini menyambung pengajian di kolej. 

Biarpun sibuk dengan jadual kuliah, dia tetap aktif menyanyi dan menyusun jadual agar semuanya dapat diseimbangkan.

“Kerjaya nyanyian masih berjalan seperti biasa. Kalau ada jemputan persembahan saya akan susun jadual supaya semuanya teratur,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain