suria

Hadie dipulau rakan gara-gara mulut netizen… “Korang yang pergi sekolah, patut pandailah fikir”

Hadie kecewa dengan kecaman diterima.

PENYANYI Hadie Elfardie meluahkan rasa kecewa apabila rakan-rakannya dikatakan cuba menjauhkan diri selepas pelbagai tanggapan negatif dilemparkan oleh netizen.

Menurut Hadie, 17, tindakan segelintir netizen yang suka membuat andaian dan menyebarkan komen negatif menjejaskan hubungannya dengan rakan-rakan.

"Saya sudahlah kawan tak ramai, tapi disebabkab mulut korang (netizen) semua tak nak rapat dan takut kawan dengan saya," katanya.

Hadie luah rasa hati di siaran langsung TikTok.

Hadie berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini. 

Lebih mengecewakan, Hadie memberitahu persahabatan yang baharu dibina turut terjejas akibat kata-kata buruk orang.

Dalam masa sama, Hadie turut menegur sikap segelintir pihak yang gemar mencampuri urusan hidupnya dan seolah-olah lebih tahu menentukan apa yang terbaik untuk dibuat.

"Kalau kawan saya ramai tak apa, nak ambik sikit-sikit. Masalahnya kawan saya sudahlah itu saja, tapi itupun korang nak ambil.

ARTIKEL BERKAITAN: Antara Dua Darjat gandingkan Hadie dan Qadejah, Ina Naim letak syarat... "Tiada babak sentuh atau adegan undang fitnah"

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai geng makcik-makcik ‘cair’ dengan Hadie

"Korang yang pergi sekolah, jadi pasti pandai mengatur hidup dan sepatutnya pandailah fikir," luahnya.

Difahamkan luahan itu dibuat selepas netizen menyerang ibunya iaitu Ina Naim tentang pergaulan mesra Hadie bersama dua rakannya iaitu Auddra dan Ammar.

Sebelum ini, Ina memberitahu dia sudah menegur dan menasihati anaknya namun netizen masih tidak berhenti menghantar pelbagai komen negatif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain