LAZIMNYA isu suami ketagihan menonton video lucah sering menjadi tumpuan dan kekecewaan para isteri yang berkecil hati dengan tabiat pasangan masing-masing.Namun, situasi di media sosial baru-baru ini meruntun perhatian ramai apabila seorang wanita berterus- terang mengaku dia sendiri terjebak dan merana akibat ketagihan buruk yang sama. Tidak hanya itu, dia turut meluahkan rasa serba salah apabila membaca perkongsian golongan isteri yang bersedih selepas mengetahui suami mereka menonton bahan lucah.Suami isteri perlu saling berkomunikasi bagi mengatasi masalah dihadapi. -Gambar hiasan AI"Saya seorang isteri dan saya tengok video lucah. Macam mana nak buang ketagihan ni?"Saya tengok banyak perkongsian tular dekat Threads, masing-masing sedih dengan suami mereka," luahnya di platform sama.Lebih mengejutkan, di sebalik ketagihan yang dialami, wanita ini meluahkan rasa sedih sekiranya perbuatan tersebut dilakukan oleh suaminya.Seorang isteri mengakui sukar meninggalkan tabiat menonton video lucah.Perkongsian isteri lain yang kecewa dengan tabiat suami membuatkannya berasa dilema.Dia mengakui akan bersedih jika suaminya turut menonton bahan sedemikian.Wanita itu meminta bantuan selepas menyatakan pernah berusaha meninggalkan tabiat tersebut.Netizen memberi sokongan serta menyarankan dia mengisi masa dengan ibadah dan aktiviti bermanfaat.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sejujurnya saya pun akan sedih kalau suami tengok perempuan lain, tapi sekarang ini saya yang tengok dan susah nak tinggal... tolong," katanya lagi sambil menyatakan pernah berusaha untuk meninggalkan perkara tersebut.Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya memberi sokongan dan beberapa tip bagi membantu dia mengatasi ketagihan dialami.ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswa mengaku ketagih pornografi, terangsang walau lihat wanita pakai baju labuh - “Aku jijik dengan diri sendiri”ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan rasa ‘kotor’, ketagih video lucah sejak usia 8 tahun! Lepas nampak ibu bapa berasmara, terus cari ‘online’"Jangan bersendirian dan sentiasa sibukkan diri dengan ibadah atau apa-apa urusan."Cuba layan drama-drama atau cerita menarik Korea supaya masa terluang tu terisi dan tak berfikir ke arah seksual."Masa lapang tu cuba isi dengan baca al-Quran, satu muka surat dulu pun tak apa," demikian reaksi netizen.