suria

Mahasiswa mengaku ketagih pornografi, terangsang walau lihat wanita pakai baju labuh - “Aku jijik dengan diri sendiri”

Akses mudah terhadap bahan pornografi menyebabkan ramai anak muda terjebak sehingga ketagih. -Gambar hiasan AI

SEORANG pelajar universiti meraih perhatian ramai selepas berkongsi tentang ketagihan pornografi yang dialaminya.

Menurut pemuda itu, dia kecewa dengan dirinya yang tidak mampu mengawal nafsu dan mudah terangsang apabila melihat pemakaian segelintir perempuan.

"Siapa je yang tak jijik? Aku sendiri pun jijik dengan diri aku. Aku memang niat nak berubah dan berusaha untuk jadi lebih baik. Contohnya, tundukkan pandangan.

Pelajar universiti tidak sepatutnya membazir masa dengan menonton perkara tidak senonoh. -Gambar hiasan AI

"Tapi kadang-kadang, nampak perempuan tu baju labuh dan tak ketat, tapi masih nampak garisan tali bra tu. Jadi aku mula 'bayangkan' perempuan tu. Faham-faham sendiri la ya.

"Sumpah aku sedih dengan diri sendiri. Terlalu kecewa," tulis pelajar yang tidak mendedahkan identitinya itu.

Di ruangan komen, seorang individu berkata rakannya juga pernah mengalami ketagihan pornografi, namun sudah berubah selepas mendekatkan diri dengan agama.

  • Seorang pelajar kongsi kisahnya yang mengalami ketagihan pornografi.
  • Pelajar itu cuba berubah, namun sering gagal kerana mudah terangsang melihat wanita.
  • Dia sedih dengan diri sendiri kerana masih gagal untuk mengawal nafsu.
  • Ramai netizen kongsi idea serta cara untuk hentikan ketagihan berkenaan.

"Cuba puasa dik. Kawan saya dulu macam ni. Dia konsisten puasa Isnin sampai Jumaat. Bila puasa, automatik kita jaga diri dan elak buat perkara yang batalkan puasa.

"Buat solat Tahajud, ganti solat yang tertinggal, buka podcast atau ceramah ustaz. Baguslah bila awak dah sedar tentang keburukannya.

"Tolong jangan duduk bersendirian. Sentiasa sibukkan diri, keluar dengan kawan-kawan. Kalau terbayang (pornografi), terus istighfar banyak-banyak," pesan individu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja lelaki paling ramai ‘layan’ bahan ghairah... Agak ‘seram’ dapat tahu punca ketagihan

ARTIKEL BERKAITAN: Dihantar ke sekolah agama, anak dedah sikap keji bapa! Popular sebab alim, sebenarnya kaki porno - "Dia tak bagi aku keluar maahad"

Pelayar Thread yang lain turut berkongsi idea dan meminta pemuda itu tidak berhenti berusaha untuk membuang ketagihan yang dialaminya.

"Lelaki bujang nak buang habit ketagihan pornografi senang je. Kena aktif sukan, hiking dan aktiviti lasak. Nanti lupalah hal porno.

"Denda diri kau dengan satu amalan ibadah, contoh macam hari ni kalau kau tengok pornografi dengan sengaja dan bernafsu, jadi denda diri baca istighfar 1,000 kali," antara komen netizen.

Artikel Lain