ADA kalanya perkara kecil dalam kehidupan bermasyarakat boleh menimbulkan rasa terkilan yang mendalam, terutama apabila melibatkan hubungan dengan jiran yang sudah lama terjalin.Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila tidak dijemput ke majlis kenduri yang dianjurkan oleh jirannya, walaupun mereka tinggal bersebelahan rumah. "Kecil hati siot... tadi saya balik kerja dalam pukul 6.40 petang. Kemudian jiran sebelah ada buat makan-makan."Dia jemput semua jiran kecuali saya yang sebelah rumah," tulisnya dalam perkongsian di Thread.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hidup harmoni, terhibur sikap jiran 'terlebih' baik - "Khemah saya masuk satu kaki dekat ‘gate‘ awak"ARTIKEL BERKAITAN: Panjat pagar rumah, bawa pisau nak toreh parcel... Wanita anggap anak jiran melampau!- “Mak dia acah-acah terkejut”Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, perasaannya bercampur baur antara kecil hati dan malu memandangkan dia terpaksa keluar dari kereta sambil dilihat jiran lain yang sedang menikmati hidangan."Keluar je kereta saya rasa malu sangat sebab diaorang tengah makan."Ada satu jiran yang lain ni, dia ada situ then dia pula yang cakap jemput makan. Saya rasa sedih dan teringat benda tu," kongsinya lagi.Bertukar juadah dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kejiranan. -Gambar hiasan AITambah wanita tersebut, dia tidak mengetahui punca mengapa dirinya tidak menerima jemputan sedangkan dia dan jirannya itu tidak pernah mempunyai isu sebelum ini. "Rasa macam, kenapa dia tak jemput saya ye? Tak best lah ada perasaan macam ni."Saya tinggal sini dah masuk empat tahun. Sebelum ni selalu je borak. Itu yang terasa. Kalau tak kenal, tak adanya saya terasa "Korang pernah ada pengalaman macam ni ke?" luahnya lagi sambal meminta pandangan warga maya.Seorang wanita kecil hati kerana tidak dijemput ke majlis kenduri jiran sebelah rumah.Dia malu apabila keluar dari kereta dan melihat jiran lain sedang makan.Wanita itu tidak tahu punca dirinya tak dijemput, sedangkan hubungan sebelum ini baik.Netizen meluahkan simpati dan memahami perasaannya.Mereka menasihatkannya agar tidak terlalu ambil hati dan fikir positif.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, netizen tampil dengan reaksi bercampur baur namun ramai meluahkan simpati terhadap wanita berkenaan dan memahami perasaannya.Namun rata-ratanya menasihatkan agar dia tidak terlalu memikirkan perkara kecil itu, sebaliknya mengambil pendekatan positif agar dirinya tidak terbawa-bawa dengan emosi."Tak perlu ambil hati pun sis. Orang tak ajak tak perlu terasa pun."Husnuzon je mungkin dia tak jemput sebab dia tahu awak kerja hari tu."Kadang tuan rumah busy. Dia tak ingat ada yang dia belum jemput. Lagipun rezeki kita ni kan Allah dah tentukan," antara komen netizen.