suria

"Kalau sebar, habis kerjaya 'gomen' mereka" - Suami syak isteri skandal dengan bekas bos, serumah tapi dah tak bertegur

Seorang isteri sepatutnya tahu batas pergaulan dengan orang luar terutamanya lelaki. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa isterinya yang sudah berpindah tempat kerja sejak tahun lalu masih berhubung dengan bekas majikan lelaki.

Menurutnya, dia mengetahui tentang hubungan itu apabila terbaca mesej WhatsApp melibatkan kedua-dua mereka yang pada awalnya sekadar bertanya khabar namun terdapat beberapa mesej mengandungi emoji dan ayat tak sepatutnya.

Dia turut memaklumkan isterinya pernah memadam perbualan dengan bekas bos secara tergesa-gesa, sekali gus membuatkan dia percaya mereka mempunyai hubungan.

Lelaki perlu banyak bersabar dan bertoleransi apabila sudah menjadi suami. -Gambar hiasan AI

"Isteri pernah padam perbualan dia dengan ex-boss dia. Itu pun secara tak sengaja masa dia balik dari tempat kerja. Dia cepat-cepat nak ke tandas.

"Kebetulan saya nak caj telefon, saya terpandang mesej daripada bekas majikan dia. Biasanya ada notifikasi kan? Jadi saya diamkan je la. Saya nak tengok sejauh mana dia nak mainkan saya.

"Bila saya tanya dan tengok WhatsApp, rupanya dia dah padam semua perbualan dengan lelaki itu. Bila saya tegur, dia melenting," ujarnya yang kini tidak lagi bertegur sapa dengan isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya sangka gaji masuk, rupanya pekerja dapat mesej bos minta siapkan tugasan... Cuti terganggu fikir kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Staf tak muncul lepas 2 hari kerja, ‘sidai’ mesej dan panggilan bos... 3 minggu kemudian berani mesej tuntut gaji

Tambahnya lagi, bekas majikan tersebut sudah berumur dan berstatus suami orang, namun mesej yang dihantar berunsur menggoda.

"Bukti sudah ada dengan saya sekarang. Kalau saya sebarkan, habis kerjaya 'government' mereka ni. Saya tak kisah dah apa nak berlaku.

"Saya sudah tawar hati sangat-sangat sekarang ni. Saya berlakon jadi suami yang baik saja demi anak-anak," ujarnya lagi.

  • Suami dakwa isteri masih WhatsApp bekas bos walaupun dah tukar kerja.
  • Dia nampak mesej tak sesuai dan perbualan dipadam.
  • Bekas bos itu pula suami orang dan mesej dikatakan menggoda.
  • Suami mengaku hanya berlakon baik demi anak-anak.
  • Netizen nasihat supaya buat keputusan tegas demi diri sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatinya supaya tidak terus memendam rasa dan berani membuat keputusan demi kebaikan diri sendiri.

"Tak payah berlakon bang, kalau bukti semua cukup ceraikan saja. Bela orang macam tu pun tak ada hasil, buat malu saja.

"Bawa berbincang, suruh dia buat pilihan antara bos dengan suami. Tentang anak-anak tu pelan-pelan uruskan. Buat apa seksa diri fikirkan orang yang dah tak sudi.

"Kalau aku senang je... Perempuan macam tu yang digelar isteri memang tak akan bertahan. Lepaskan. Hidup dia lepas tu tak akan indah selalu sampai dia minta maaf," komen beberapa netizen.

Artikel Lain