INDIVIDU berpangkat tinggi sering kali dikaitkan dengan sikap sombong dan suka merendah-rendahkan keupayaan orang lain. Seorang doktor gigi berkongsi pengalaman pahit apabila berdepan dengan pesakit yang didakwa memiliki status akademik tinggi. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang memberikan rawatan, namun suasana bertukar tegang apabila pesakit meninggikan suara dan mempersoalkan kredibilitinya.Golongan kanak-kanak paling mudah diberikan didikan mengenai penjagaan gigi. -Gambar hiasan AI"Sedih, hari ni kena jerkah dengan pesakit. Betapa hina agaknya kerjaya kesihatan ni kat mata dia. Mentang-mentang berstatus tinggi.“Dia kata saya profesor, awak hanya doktor. Awak kena dengar apa yang saya cakap sambil menunding jari ke arah muka," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Doktor keluarkan berus gigi 52 tahun tersangkut di usus, pesakit sangka dah lama larut dalam tubuhARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun cop dan nama doktor tak berubah, HR baru sedar staf serah MC palsu! 2026 masih guna ‘template’ Microsoft WordKejadian itu membuatkan dia berasa sedih dan terhina, apatah lagi apabila profesion dalam bidang kesihatan dipandang rendah. “Kalau begitu, tampal sahaja gigi sendiri, kenapa datang sini," luahnya geram.Perkongsian itu menarik perhatian seorang lagi doktor gigi yang pernah dimarahi oleh seorang profesor warga emas.Doktor gigi kongsi pengalaman dimarahi pesakit bergelar profesor.Pesakit meninggikan suara dan mempersoalkan kredibiliti doktor.Seorang lagi doktor gigi turut berkongsi pengalaman sama.Doktor tetap meneruskan rawatan secara profesional.Rawatan ditamatkan kerana tidak sesuai diteruskan.Ringkasan ini dijana oleh AIKatanya, profesor tersebut memintanya berhenti memberi penerangan dan hanya melakukan rawatan seperti diarahkan.“Kenapa awak tak boleh berhenti bercakap dan buat sahaja apa yang saya kata,” kata profesor berkenaan.Walaupun berdepan tekanan emosi sehingga hampir menitiskan air mata, dia tetap meneruskan rawatan dengan profesional. “Terima kasih kerana datang, tetapi saya rasa saya bukan doktor yang sesuai untuk anda."Saya tidak dapat meneruskan rawatan selepas temu janji ini,” katanya.