suria

Setahun merajuk, ‘deactivate’ sosial lepas kawan tak jemput majlis kahwin... Wanita sedar diri bukan dalam kelompok penting

Sesiapa sahaja akan terasa hati apabila sahabat baik tidak menjemput ke majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi rasa sedih hingga meninggalkan kesan emosi mendalam apabila dia tidak dijemput ke majlis perkahwinan rakannya.

Menurut pengadu, perasaan itu menerpa tatkala dia melihat ramai rakan-rakan lain memuat naik gambar menghadiri majlis perkahwinan salah seorang kenalan mereka.

Enggan terus beremosi, wanita itu pada awalnya menyangka mungkin dia sendiri terlepas pandang tentang jemputan daripada pengantin, malah sempat menyemak semula perbualan dalam kumpulan WhatsApp. 

Ikhlas akan memberi makna kepada sesebuah persahabatan. -Gambar hiasan AIIkhlas akan memberi makna kepada sesebuah persahabatan. -Gambar hiasan AI

“Tak lama selepas itu, pengantin memohon maaf dalam grup dan memaklumkan majlis tu diadakan di sebelah pihak suami dia.

"Tetapi apabila tengok kebanyakan tetamu, ada muka-muka yang selalu pergi majlis dengan aku. Masa tu baru sedar yang aku ni bukan dalam kelompok rapat mereka,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri jumpa surat, foto lama dalam kotak milik suami… Mata tertumpu pada satu nama tidak dikenali - “Sama dengan anak lelaki kami”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kawan kata saya bodoh” - Wanita hairan dikutuk sebab beri RM250 kepada BF tengah sesak, niat baik mahu bantu

Wanita itu mengakui perasaan kecewa menyebabkan dia memilih untuk menyepi daripada media sosial termasuk Instagram dan status WhatsApp sebagai cara mempertahankan emosi.

"Setahun juga aku merajuk sejak Oktober 2024. Rasa macam tak perlu orang tengok kehidupan aku.

"Tapi apabila ingat balik memang kelakar, tapi waktu itu memang terasa,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia menjelaskan hubungan persahabatan mereka masih baik dan tetap mengucapkan tahniah secara peribadi kepada rakan berkenaan ketika hari perkahwinan.

  • Wanita sedih apabila tidak dijemput ke majlis kahwin rakannya.
  • Dia menyepi dari media sosial hampir setahun.
  • Wanita sedar dirinya bukan dalam kelompok rapat rakan.
  • Hubungan mereka masih baik walaupun kecewa.
  • Pengalaman itu mengajarnya mengurus emosi dengan lebih matang.

Menurutnya lagi, dia kini lebih matang dalam mengurus emosi dan memahami bahawa setiap individu mempunyai keutamaan hidup masing-masing.

“Perasaan kita memang tanggungjawab kita sendiri. Sekarang aku kembali aktif di media sosial dan tiada lagi rasa kecil hati.

"Masa banyak mengajar aku untuk menerima dan teruskan kehidupan,” katanya.

Bagi netizen, tidak salah wanita itu untuk terasa hati kerana mereka pernah berdepan detik yang sama apabila diperlukan sedemikian oleh sahabat masing-masing.

"Kita rasa dia penting dalam hidup kita tetapi rupanya untuk dia, kita tak penting pun," kata warga maya.

Artikel Lain