Sesetengah individu tidak keberatan membantu kekasihnya yang mengalami masalah kewangan. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita buntu memikirkan pandangan rakan-rakan selepas membantu teman lelakinya yang berdepan masalah kewangan.Di Thread, dia mendedahkan kekasihnya hanya mempunyai baki sekitar RM30 dalam akaun bank untuk meneruskan kehidupan harian sehingga hujung bulan. Simpati dengan nasib lelaki itu, dia menghulurkan bantuan wang sebanyak RM250 bagi membolehkan kekasihnya meneruskan kehidupan."Orang (kawan-kawan) kata saya bodoh sebab bagi lelaki duit. Mereka kata BF (boyfriend) saya dah tunjuk 'belang' (perangai sebenar). Tapi kenapa saya tak rasa macam tu pun? Dia memang dia tengah susah sekarang.Setiap pendapat dan pandangan diberikan oleh rakan perlu diterima dengan hati terbuka. -Gambar hiasan AI"Selama tiga tahun saya hargai usaha dia nak saya, tak pernah minta duit. Setiap kali keluar, dia bayarkan makanan. Hari jadi tak pernah lupa bagi ucapan."Tahun lepas dia bagi hadiah hotel dengan pakej urutan di spa. Bila dia balik kampung, tak pernah lupa belikan keropok lekor kegemaran," luahnya sambil menyatakan rasa serba salah apabila terkenangkan nasihat rakan-rakan.Perkongsian wanita itu meraih pelbagai reaksi netizen yang menasihati dirinya serta memberi pandangan."Kesilapan pertama awak adalah mendengar nasihat daripada kawan-kawan. Ingat, kawan biasanya orang yang cemburu dengan kebahagiaan dan sanggup buat apa saja untuk jatuhkan awak.ARTIKEL BERKAITAN: Korbankan semua wang demi bantu pasangan, isteri kecewa dapat tahu suami letak ibu penama wasiatARTIKEL BERKAITAN: Enggan pinjamkan duit, kakak tuduh GF adik jenis tak sanggup susah senang bersama! Kalau kahwin tak mustahil cari lelaki lain"Mudah... tiga tahun dia tak pernah tunjuk dia lemah. Sekarang dia jatuh dan inilah masa dia diuji sama ada perempuan yang sekarang dengan dia hanya kerana duit atau sebaliknya," komen beberapa netizen.Selepas mendengar pendapat warganet, wanita ini menjelaskan bahawa situasi mula berubah apabila lelaki itu mengaku mengalami masalah kewangan serius dengan mendakwa ditipu rakan sendiri sehingga mengalami kerugian RM60,000.Wanita itu turut mendedahkan kekasihnya terpaksa membayar hutang kad kredit sekitar RM7,000 sejak Ogos tahun lalu hingga April ini, namun hanya baru-baru ini berani menceritakan tentang perkara itu kepadanya.Lebih menyentuh emosi, lelaki berkenaan juga pernah diserang sakit jantung pada Disember lalu dan dimasukkan ke hospital, namun masih memilih untuk menyimpan masalahnya sendirian.Wanita itu hulur RM250 selepas kekasih tinggal RM30 dalam akaun bank, tapi dikecam rakan-rakan.Dia mempertahankan kekasihnya kerana sepanjang tiga tahun bercinta, lelaki itu tidak pernah ambil kesempatan.BF baru buka cerita bahawa dirinya ditipu rakan sehingga rugi RM60,000 dan terpaksa bayar hutang kad kredit.Lelaki itu juga pernah diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital kerana masalah ini.Wanita berkenaan putuskan untuk bantu kewangan BF sehingga April sahaja.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sekarang saya tolong sikit-sikit je bagi duit makan sebab dia kena bayar rumah, kereta juga. Saya harapkan sokongan apa saya buat ni daripada kawan-kawan tapi bila cerita, emosi saya jadi keliru."Saya baca semua komen dan berterima kasih pada semua. Saya duduk diam fikir dan dah kira-kira duit sebab gaji saya tak banyak sangat nak bayar rumh sewa dan progressing fee rumah baharu lagi."Kadang-kadang sakit juga tapi kalau bukan saya, siapa lagi nak tolong. Dia betul-betul susah. Untuk kawan pula baik tak payah cerita bab duit ni, mesti kena ceramah," luahnya lagi.