suria

Enggan pinjamkan duit, kakak tuduh GF adik jenis tak sanggup susah senang bersama! Kalau kahwin tak mustahil cari lelaki lain

Elakkan daripada memberi pinjam wang kepada individu yang tidak dikenali hati dan budinya. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berdepan dilema apabila kekasih sering mendesaknya untuk meminjam duit. 

Menurut wanita itu, walaupun cuba membantu kerana simpati, dalam masa sama sikap teman lelakinya itu turut membuatkan dia berasa keliru.

Pada awalnya, lelaki itu mahu meminjam wang dengan memberikan alasan untuk membayar hutang kakaknya dan dia menghulurkan sebanyak RM30.

Seorang kakak tidak sepatutnya masuk campur urusan peribadi adik dan pasangan. -Gambar hiasan AI

"Kekasih saya nak hubungan yang boleh bersama susah dan senang. Beberapa hari lepas (pinjam duit) tu, dia cakap kereta rosak dan perlukan duit sebab tak dapat gaji lagi.

"Saya cakaplah yang saya tak ada duit dan cukup-cukup untuk belanja makan je. Tapi dia asyik mendesak untuk tolong dengan cakap kalau kereta tu okay (sudah dibaiki) dia datang jumpa saya.

"Jadi saya bagilah RM100 sebab saya memang nak jumpa dengan dia. Tapi dia cakap tak cukup lagi. Dia suruh cari sesiapa yang boleh tolong tapi saya tak ada sesiapa," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pinjamkan duit tabung percutian untuk adik buat majlis kahwin, tak sangka suami sentap! Marah sampai sanggup travel solo

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ibu muka tembok, hutang lama tak bayar desak pinjam duit lagi! Suruh gadai gelang sedang dipakai

Menurut wanita itu lagi, dia menganggap tindakan meminjam duit daripada individu lain seperti mana dicadangkan kekasihnya merupakan satu perkara memalukan.

Dia kemudian memberikan RM100 lagi untuk kekasihnya namun lelaki itu berkata jumlah tersebut masih belum cukup untuk dia membaiki kereta yang rosak.

Bercerita lanjut, katanya, kakak kepada kekasih juga ada menghubunginya memberitahu adiknya tidak balik ke rumah selepas keluar berjalan kaki untuk 'mencari duit' selain mendakwa lelaki itu mempunyai masalah depresi.

"Kakak dia cakap yang kekasih saya ni ada depression tapi tak tahu betul ke tak. Saya beritahu yang saya tak tahu nak buat apa. Saya memang tak ada duit dah.

  • Wanita runsing kekasih desak pinjam duit untuk bayar hutang dan baiki kereta rosak.
  • Dia hanya mampu bagi sedikit, tapi lelaki itu terus desak minta lebih.
  • Kakak kekasih kata adiknya alami tekanan, membuatkan dia serba salah.
  • Kakak kekasih juga sindir tak sanggup susah senang bersama sebab tak pinjamkan wang.
  • Netizen anggap wanita ini kena scam dan nasihat tinggalkan lelaki itu.

"Kakak dia cakap kalau susah nak tolong masa teman lelaki saya susah, macam mana kalau kahwin nanti. Silap-silap saya cari lelaki lain dan itu membuatkan saya marah sebab dah tolong.

"Sekarang saya tak tahu nak buat apa dan tak faham maksud hidup susah senang tu. Kakak dia ada cakap yang dia pun tak ada duit, dan BF ada beritahu papa ajar dia berdikari dan tak minta duit," jelasnya yang buntu memikirkan masa depan hubungan mereka.

Perkongsian wanita ini mendapat pelbagai respons dan pendapat warga maya yang cuba membantunya mencari penyelesaian.

Komen warga maya.

"Pertama sekali, hal ni bunyi macam scam. Awak kenal ke kekasih awak dan kakak dia dekat luar? Kedua, awak tak terhutang apa pun. Berhenti bagi dia duit dan tinggalkan je kalau kena paksa lagi.

"Bukan ini caranya susah senang bersama. Ini nama dia ambil kesempatan. Dah papa dia ajar usaha jangan meminta dengan orang mudah-mudah," antara komen netizen.

Artikel Lain