suria

Sambil ’stalk’ status WhatsApp kawan perempuan tunjuk hasil air tangan, suami perlekeh isteri sendiri... Hina tak pandai masak

Alahan dan perubahan hormon membuatkan wanita hamil sukar melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan kesedihan apabila suaminya secara terbuka membandingkannya dengan rakan sekerja yang gemar memasak.

Lebih menambah rasa pilu apabila tindakan itu dibuat sejurus suaminya melihat status rakan sekerja berkenaan di aplikasi WhatsApp.

"Semalam tengah baring, suami aku cakap yang kawan perempuan dia rajin masak... sedap, pandai buat macam-macam dessert.

Segelintir individu gemar membandingkan pasangan mereka dengan rakan sekerja. -Gambar hiasan

Segelintir individu gemar membandingkan pasangan mereka dengan rakan sekerja. -Gambar hiasan AI

"Masa tu dia tengah tengok story kawan perempuan dia.

"Sebelum baring tu kami makan malam, aku goreng telur sambil panaskan lauk yang aku masak, udang masak lemak.

"Dia ada kat dapur dan cakap yang aku ni tak pandai masak," luahnya di Thread.

ARTIKEL  BERKAITAN: Semangat nak ‘dating’, wanita bersiap sejam awal! BF terkejut nampak GF tercegat tepi jalan... Netizen puji pasangan tepati masa

ARTIKEL  BERKAITAN: Suami puji wanita lain cantik depan isteri sendiri, suruh anak-anak salam - “Aunty ni paling lawa dekat ofis ayah”

Meskipun terluka dengan kata-kata suaminya, wanita ini hanya mampu mendiamkan diri.

Tambahan pula dia sedang hamil dan dalam keadaan kurang sihat.

"Dua hari aku tak sihat tapi semalam aku gagahkan juga untuk masak.

  • Suami bandingkan isteri dengan rakan sekerja yang pandai masak.
  • Kejadian berlaku selepas suami lihat status WhatsApp kawan perempuan.
  • Isteri sedang hamil dan sakit, tetap masak tapi dipuji tidak pandai.
  • Wanita pilih untuk mendiamkan diri walaupun terasa hati.
  • Netizen simpati, geram dengan sikap suami yang suka membandingkan.

"Tapi suami aku jenis tak bersyukur, apabila dia tak bersyukur... aku pun datanglah mood malas nak memasak," tambahnya.

Luahannya itu menarik perhatian warganet yang bersimpati dengan nasib dialami.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa geram kerana suami kepada pengadu tergamak membandingkan isteri dengan rakan wanita.

Warga maya turut meluahkan rasa geram terhadap sikap suaminya.

Warga maya turut meluahkan rasa geram terhadap sikap suaminya.

"Gelilah dengan lelaki bergelar suami yang puji perempuan lain, nampak lemah!

"Sedih, sepatutnya dia yang masakkan untuk awak semasa tengah hamil ni atau beli je... sabar banyak-banyak ya.

"Menyampah betul lelaki macam ni, kalau isteri bandingkan dia dengan lelaki lain atau kritik dia dan puji lelaki lain tahu pula terasa," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain