suria

Wanita mengadu pada suami, rakan pejabat sudah berkahwin kerap bagi minuman percuma... Siap ‘tabur’ kata-kata pujian

Wanita dan lelaki perlu menjaga batas pergaulan di tempat kerja. -Gambar hiasan

HUBUNGAN antara rakan sekerja seharusnya berpaksikan profesionalisme dan rasa hormat antara satu sama lain.

Namun apabila berlaku situasi yang melangkaui batasan tersebut, semestinya ia menimbulkan rasa tidak selesa lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkahwin.

Tular satu perkongsian di media sosial mengenai seorang wanita yang meluahkan rasa janggal dengan tindakan rakan sekerja lelakinya kerana sering memberikan biskut dan pujian manis tanpa sebab jelas.

Banyak kisah kecurangan akibat tidak menjaga batas di tempat kerja. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia baru setahun bekerja di tempat tersebut dan pada awalnya menganggap hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.

"Sejak kebelakangan ni dia selalu bagi saya biskut kalau dia turun kedai serbaneka. Dia tahu saya selalu beli minuman, dan pernah juga dia belikan," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tunangan orang tak keruan ‘crush’ satu pejabat puji comel... Siap setuju keluar berdua-duaan - “Suara dia jantan, aku terpikat”

ARTIKEL BERKAITAN: Dipulau rakan sekerja, sentiasa jadi umpatan... Mangsa perlu buat 4 langkah ini sebelum hantar surat ‘resign’

Menurut wanita itu, situasi yang pada awalnya dianggap biasa berubah menjadi janggal apabila lelaki berkenaan mula memberikan pujian terhadap penampilannya.

"Masa dia bagi minuman kali pertama, saya cuma fikir sekadar kawan belanja kawan. Tapi apabila dia pass biskut tu sekali dengan ayat... nah, sebab hari ni comel atau nah, sama pula biskut ni dengan baju you hari ni.

"Tiba-tiba semalam dia puji saya cantik sebab pakai blouse bercorak. Saya dah berkahwin, dia pun sama. Tak normal kan?" kongsinya lagi.

Wanita itu menjelaskan, setiap kali menerima hadiah kecil seperti biskut atau minuman, dia akan memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya bagi mengelak salah faham.

  • Seorang wanita meluahkan rasa janggal dengan tindakan rakan sekerja lelaki yang sering memberinya biskut.

  • Pada awalnya, dia menganggap hubungan mereka sekadar rakan sekerja biasa..

  • Situasi mula janggal apabila lelaki berkenaan memberi biskut sambil menyelitkan ayat pujian.

  • Wanita itu sudah berkahwin dan menjelaskan setiap pemberian akan diceritakan kepada suaminya bagi mengelak salah faham.

  • Netizen menasihatkan agar dia menjaga batas, berhati-hati dan menolak pemberian tersebut.

Tambah wanita itu lagi, dia merupakan seorang introvert dan jarang berbual kosong di tempat kerja, sebaliknya hanya berinteraksi apabila berkaitan urusan pejabat.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ramai yang menasihatkannya agar berhati-hati dan menjaga batas, manakala ada juga yang berpendapat tindakan rakan sekerjanya itu tidak wajar walaupun mungkin dianggap sebagai gurauan.

Penting untuk saling menghormati dan menjaga batas dalam pergaulan agar suasana kerja kekal profesional dan harmoni. -Gambar hiasan Ai

"Beraninya laki orang buat macam tu... geram je baca.

"Hati-hati dengan makanan atau minuman, orang sekarang macam-macam boleh buat.

"Tak normal. Kalau boleh elak, sila elak ya. Mungkin boleh terus terang tak perlu bagi dah semua tu, cakap je husband tak bagi," demikian antara komen netizen.  

Artikel Lain