PENDEDAHAN seorang wanita tentang taktik licik warga asing yang menggunakan kad pengenalan (MyKad) rakyat tempatan untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di Thread, dia mendakwa kejadian itu terbongkar selepas individu yang disyaki warga asing gagal menjawab soalan mengenai butiran diri.
"Beberapa hari lepas, aku berjaya tangkap warga asing yang menggunakan MyKad. Mungkin dia ambil MyKad majikan atau kawan dia untuk masuk hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan.

Lambakan warga asing di Malaysia merimaskan rakyat tempatan. -Gambar hiasan AI
"Kantoi masa kat 'airlock' sebab apabila tanya nama ayah, nombor MyKad dan tarikh lahir langsung tak boleh jawab.
"Slang pun macam Bangladesh atau Rohingya, tapi daftar nama etnik Malaysia... kantoi busuk macam tu je," ujarnya yang berkhidmat dalam bidang perubatan.
Dalam pada itu dia yang bimbang perkara tersebut dinormalisasikan mempersoalkan kewajaran tindakan 'murah hati' segelintir individu memberikan MyKad untuk kegunaan pihak lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Individu kurang senang tengok warga asing banjiri Klinik Kesihatan, bimbang kadar kelahiran bukan warganegara meningkat
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki warga asing ajak wanita tempatan kahwin, tapi ada syarat - “Dia tak nak beritahu ibu bapa”
Baginya, meminjamkan identiti diri kepada individu lain adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
"Tolonglah rakyat Malaysia, kena ada rasa tanggungjawab sikit. Jangan bagi warga asing terutamanya PATI (pendatang asing tanpa izin) atau pelarian guna MyKad anda.
"Sayang sangat dekat mereka kenapa?" ajunya yang geram dengan perkara tersebut.
- Wanita dedah taktik warga asing guna MyKad rakyat tempatan untuk rawatan hospital.
- Kantoi bila gagal jawab soalan asas masa di ‘airlock’.
- Dia kecam sikap rakyat yang pinjamkan IC pada PATI atau pelarian.
- Ingatkan risiko besar termasuk disahkan mati dan akaun dibekukan.
- Kes dilapor pada polis dan unit hasil, netizen sokong pendedahan itu.
Tambahan pula, dia turut mendakwa terdapat ramai warga asing yang tidak membayar bil perubatan selepas mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Malah katanya, mereka yang meminjamkan identiti diri juga boleh berhadapan dengan risiko besar.
"Bayangkan jika pesakit tu mati di hospital, tak pasal-pasal pemilik MyKad asal disahkan meninggal dunia.

Warga maya turut berkongsi pengalaman berkaitan.
"Segala aset serta akaun bank dibekukan sedangkan dia masih hidup," ujarnya berkongsi kemungkinan yang boleh berlaku.
Mengulas tentang insiden penggunaan MyKad milik orang lain, ujarnya, perkara tersebut menjadi kes polis dan unit Hasil (Lembaga Hasil Dalam Negeri) juga mengambil maklum tentang penipuan yang berlaku.
"Dah jadi kes polis dan unit Hasil ambil maklum sebab dianggap menipu kerajaan Malaysia, fraudlence.
"Tak perlu beria sangat nak pinjamkan MyKad kepada warga asing, biar mereka bayar bil hospital... kenapa cukai aku bayar kena bagi percuma pada mereka?
"Kepada rakan sekerja dalam bidang perubatan, tolonglah ada rasa tanggungjawab untuk selidik, risau esok lusa warga asing sepak terajang negara kita," katanya lagi.
Perkongsian itu mendapat ratusan tanda suka dan komen daripada warganet yang bersetuju dengan pandangannya serta berkongsi pengalaman sama melibatkan penyalahgunaan identiti oleh warga asing.


