SEORANG wanita meluahkan rasa kesal apabila melihat nasib berbeza melibatkan dua individu yang pernah menjadi pembuli dan mangsa buli ketika zaman persekolahan.
Menurutnya, pembuli kini sudah berjaya dalam kehidupan apabila dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading selepas persekolahan dan bergelar guru.
Namun, lain pula kehidupan mangsa yang sekarang bekerja dalam bidang makanan dan minuman (F&B) selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mangsa buli akan mengalami trauma berpanjangan. -Gambar hiasan
“Best kan? Dulu buli orang, hati rasa puas, belajar pun tenang. Bila dah berpuluh tahun, berubah jadi baik kononnya.
"Tapi mangsa terus hidup dalam tekanan, dilabel lembik, belajar pun tak masuk apa,” kongsinya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Pukul pembuli demi pertahankan diri, balik rumah bapa pula belasah... Akhirnya mangsa buli dibuang sekolah
ARTIKEL BERKAITAN: Takut mak ayah susah hati, pelajar sekolah agama tutup mulut jadi mangsa buli... Ustazah pula tak berani bertindak risau diviralkan
Katanya, orang sekeiling mangsa sering menyuruh dia melupakan kesengsaraan lalu dengan alasan ia hanya kenangan zaman sekolah sedangkan mereka tidak pernah memahami trauma yang dialami.
“Ramai ingat ini cerita aku, tapi sebenarnya kawan aku yang pernah dibuli. Ada yang pertikai salah pembuli ke tak sambung belajar?
"Kalau korang tak pernah lalui, korang takkan faham,” jelasnya.
- Wanita kesal pembuli kini berjaya jadi guru, mangsa pula kerja F&B.
- Mangsa terus hidup dalam tekanan dan trauma.
- Masyarakat sering suruh mangsa ‘move on’ tanpa faham penderitaan.
- Ada netizen anggap mangsa terlalu lemah.
- Sebahagian lain simpati, kata trauma buli sukar dilupakan.
Pandangan wanita itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ada yang menyifatkan mangsa buli terlalu lemah hingga gagal melupakan kenangan lalu.
"Hidup jangan lemah sangat. Penakut. Anak tu cerminan mak bapa dia. Mak bapa berani anak pun berani. Mak bapak lembik confirm anak lembik.
"Mangsa buli tu memang lembik. Bukan salah pembuli. Ada je yang amik positif sebab dibuli, lagi rajin dia belajar dan akhirnya dihormati dan berjaya," antara komen netizen.
Reaksi warga maya
Sementara itu, ada juga sebahagian warga maya berpendapat kesan buli meninggalkan trauma dan kesengsaraan berpanjangan kepada mangsa hingga sukar dilupakan.
"Pembuli hidup aman dan buat macam tiada apa-apa yang terjadi. Tapi mangsa buli hidup dengan tekanan dan trauma.
"Sampai sekarang aku masih dendam dengan orang yang buli aku. Sakit tu hanya yang dirasai je rasa macam mana. Kau jangan nak cakap lembik ke apa, sebab kau tak kena," katanya.


