Pasangan suami isteri tidak akan terlepas daripada berdepan masalah dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI
RAMAI masih beranggapan masalah mati pucuk atau disfungsi erektil hanya berlaku apabila seseorang lelaki memasuki usia tua.Namun menurut Doktor Kesihatan Lelaki, Dr Ahmad Samhan Awang atau Dr Samhan, tanggapan tersebut sebenarnya hanyalah mitos yang boleh menyebabkan ramai lelaki muda mengabaikan tanda awal masalah kesihatan mereka. Katanya, beliau sering menerima pesakit dalam lingkungan usia 20-an, 30-an dan 40-an yang mengadu prestasi seksual semakin merosot.Dr Samhan banyak berkongsi mengenai masalah kesihatan lelaki di media sosial.“Ada yang sukar mendapatkan ereksi, ada yang ereksi tidak bertahan lama dan ada juga yang mula hilang keyakinan terhadap diri sendiri akibat masalah tersebut.“Memang benar usia merupakan salah satu faktor risiko, tetapi ia bukan satu-satunya punca yang menyebabkan seseorang lelaki mengalami masalah ereksi,” katanya.Faktor penyumbang- Diabetes yang tidak terkawal- Darah tinggi dan kolesterol tinggi- Berat badan berlebihan- Kurang tidur- Tekanan kerja dan stres berpanjangan- Merokok dan vape- Kurang aktiviti fizikalDr Samhan menjelaskan, ereksi yang sihat bergantung kepada fungsi aliran darah, saraf dan hormon yang baik.“Apabila berlaku gangguan pada salur darah atau kesihatan badan secara keseluruhan, prestasi seksual lelaki boleh terjejas walaupun mereka masih berada pada usia muda,” ujarnya.Tambah beliau, dalam sesetengah kes, masalah yang berlaku di bilik tidur sebenarnya bukan isu utama, sebaliknya boleh menjadi petanda awal bahawa tubuh sedang memberi amaran mengenai risiko kesihatan lain yang memerlukan perhatian.Sehubungan itu, beliau menasihatkan kaum lelaki agar tidak menangguhkan pemeriksaan atau rawatan sehingga keadaan menjadi lebih serius.“Kesihatan lelaki bukan sekadar untuk hidup lebih lama, tetapi untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.