suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ditinggal kekasih lepas keguguran, gadis derita keputihan dan ulser pada faraj... Rupanya terkena jangkitan herpes!

Dapatkan pandangan pakar atas keraguan terhadap isu kesihatan. -Gambar hiasan AI

ISU jangkitan kelamin dalam kalangan wanita muda semakin membimbangkan yang disebabkan terjebak dengan amalan seks bebas tanpa perlindungan.

Perkara ini disebabkan kurangnya pengetahuan mengenai bahaya penyakit kelamin sehingga ramai tidak menyedari terdedah kepada risiko jangkitan.

Apa lebih merisaukan, ramai malu mendapatkan rawatan apabila dijangkiti penyakit seperti klamidia, herpes atau siflis sehingga keadaan menjadi parah.

Pakar kesihatan seksual dan reproduktif, Dr Ahmad Ramdan Zainordin berkata, dia pernah menerima seorang pesakit dalam lingkungan 20-an yang hadir ke klinik bersama ibu bagi mendapatkan ujian saringan penyakit kelamin.

Ceritanya, wanita berkenaan baru beberapa bulan mengalami keguguran namun kerap mengalami masalah keputihan luar biasa.

Seks bebas bukan sahaja haram di sisi agama, malah boleh membawa mudarat kepada kesihatan. -Gambar hiasan AI

Seks bebas bukan sahaja haram di sisi agama, malah boleh membawa mudarat kepada kesihatan. -Gambar hiasan AI

"Sejak gugur, pendarahan sudah pun berhenti tapi peliknya, dia kerap keluar keputihan dari faraj yang bukan biasa baginya. 

"Ada kalanya perit pedih dia rasa sampai menangis," katanya berkongsi perkara itu di Threads.

Apabila ditanya mengenai pasangan, ibu tersebut menjelaskan bahawa anaknya belum berkahwin. 

"Teman lelaki yang dia sudah kenal selama dua tahun itu telah meninggalkannya sejak tahu dia mengandung. Mereka baru ingin rancang bertunang tahun ini.

"Anaknya sendiri tahu, teman lelakinya itu pernah ada beberapa lagi teman wanita sebelum dia," katanya.

Dalam pemeriksaan lanjut, Dr Ahmad Ramdan wanita itu bukan sahaja mengalami keputihan yang banyak tetapi ulser kecil pada bahagian faraj. 

Ujian swab kemudiannya mengesahkan jangkitan herpes genital (herpes kelamin) serta chlamydia.

“Keadaan ini amat menyedihkan. Pesakit menanggung kesakitan berbulan-bulan, selain melalui keguguran dan ditinggalkan pasangan. Mujur dia masih mempunyai sokongan ibu,” katanya.

Menurut beliau, herpes genital boleh menyebabkan gejala yang teruk terutama pada jangkitan pertama (first outbreak).

Walaupun jangkitan ini tidak boleh disembuhkan sepenuhnya, ia boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai bagi mengurangkan tempoh dan tahap gejala.

Beliau turut menjelaskan bahawa herpes kelamin mempunyai risiko lebih tinggi kepada wanita hamil kerana boleh menjangkiti bayi semasa proses kelahiran melalui laluan faraj.

Bagaimanapun, rawatan masih boleh diberikan dengan selamat kepada ibu hamil, dan dalam keadaan tertentu, pembedahan caesarean (c-section) akan dipertimbangkan sekiranya terdapat lesi atau ulser aktif ketika waktu bersalin.

Artikel Lain